rss search

Update 2: Projek percubaan Cili Round 2 hari ke 12

line

Kali ni aku berasa sedikit puas hati dan gembira kerana pokok cili ku akhirnya membesar jugak. Biar aku update kan sikit apa yang telah di lalui. Pada 15/02/2009 yang lalu aku telah pon membuat perpindahan anak-anak benih kedalam polibag. Walaupon pada mulanya aku ragu-ragu kerana anak benih aku baru sahaja tumbuh daun ke-3 dan ke-4 dua hari sebelumnya. Tapi aku tekad dan teruskannya juga.

Alhamdullillah….. nampaknya perkembangan anak cili aku ni nampaknya positif dan aku berharap perkembangan ini berterusan. Namun ader jugak satu dua pokok yang nampak tak ok. Sebelum perpindahan dulu aku telah pon melaksanakan segala kaedah-kaedah yang telah ku pelajari secara teori sebelum ini, seperti spray racun kulat pada pangkal pokok sejurus selepas perpindahan, ini dikatakan dapat memberi pertumbuhan akar yang sihat tanpa gangguan kulat.

Hari ini genap hari ke 12 selepas perpindahan, proses meracun telah pon aku lakukan seminggu yang lepas dan akan aku ulangi pada hujung minggu ni. Cuma satu yang aku masih konpius adalah masa yang paling sesuai untuk aku buang tunas dan ceding dibawah cabang utama.

Antara pokok yang sihat

Antara pokok yang sihat

Anatara pokok yang kurang sihat

Anatara pokok yang kurang sihat

pokok cili ku

pokok cili ku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

2 comments

line
  1. nizamri

    salam…

    mana nak dapat paiping system untuk salurkan air kesetiap bag…

    tolong reply..

    TQ..

    [Reply]

    line
  2. Yazed Jamal

    Salam,

    Kalau saudara maksudkan sistem pengairan fertigasi, banyak ada, cuba check link yang aku letak kat sebelah kanan blog aku ni. bawah kategori Blog Pertanian. Tapi semuanya ni kat Lembah Klang la, kalau saudara kat tempat lain boleh cuba tanya diorang tentang penghantaran la.

    [Reply]

    line

Leave a Reply