Update 2: Edible Garden
Salam semua, baru hari in aku sempat nak update blog ni. Untuk edible garden aku, sebenarnya sejak dari minggu lepas lagi dah siap sepenuhnya. Kalau nak dah boleh start tanam dah ni tapi kena buat penyiraman secara manual lah. Jadi kesimpulannya walaupon green house aku aku dah siap aku tak start tanam lagi sebab aku decide nak siapkan sistem pengairan sekali.
Untuk pengetahuan semua rumah hijau aku ni terdiri daripa beberapa seksyen.
- Ruang semaian
- Squarefoot garden
- Ruang tanaman polibeg
Korang semua boleh tengok dalam gambar aku sertakan dibawah. Objective utama rumah hijau aku ni adalah untuk aku tanam sayur-sayuran untuk keperluan harian, praktis tanaman yang ditanam dalam polibeg, dan akhirnya latih tubi semai benih cili dan lian-lain.

Pandangan Luar

Pandangan dalam dan komponen didalamnya
Aku harap dengan siapnya rumah hijau aku ni, akan menjadi inspirsasi kepada orang lain yang nak buat jugak.
4 comments

Hebatnye! Jika ada kemahuan, tentu ada jalan kan? Ici tengah browse tentang square foot gardening and raise bed gardening ni, mainly because tak cukup tempat and tanah kat blakang rumah memang tak sesuai. (Bukan sahaja berbatu, tapi berkonkrit!)
I’m quite excited to see how your garden grows
[Reply]
@Ici,
Betul tu, tambah-tambah lagi zaman gawat ni, anyway edible garden/green house ini adalah tempat untuk aku buat training. Tq sebab singgah sini.
[Reply]
cun siot green hse ko ni
nnti2 kalu dh stat big scale tkyah lagi guna bende ni
bole anak ko buat main pondok2 kat sini
hehe
gud job bro
btw,
ni buat kat belakang umah ni tk kene komplen ke ngan org lain?
tak kacau jalan ke?
[Reply]
@harfad,
Bro, sebelum aku start dulu ade gak buat risk assessment sket sket. Tapi yang pasti jalan belakang rumah ni kereta tak akan masuk sebab ader penglang jalan permanent.
Dari segi boundry, aku assume separuh jalan tu aku punye dan separuh lagi orang belakang punya. nati kalau semua dah duduk kalau diorang complain settle kemudian la. Yang penting aku kena buat bersih dari segala macam la.
[Reply]