Posts Tagged ‘timun jepun’

Proses Pemulihan

Minggu lepas dengan minggu aku agak sibuk sekali dengan persiapan aku nak pindah rumah. Kadang-kadang lepas kerja memang tak sempat langsung nak jenguk mini kebun aku. Nampaknya aku belum sempat lagi nak selesaikan masalah siphon effect aku. Walau bagaimanapon semalam dan kelmarin aku sempat jenguk sekejap dan membuat sedikit persiapan untuk membaik pulih RPH aku yang dah rebah tempoh hari. Jadi aku takleh nak bercerita panjang lebar sebab banyak benda yang aku nak settlekan pasal pindah rumah ni, jadi aku updatekan gambar pokok Timun Jepun, Jagung dan Cili aku.

Siapa tak tahu lagi, nilah rupa pokok timun jepun

Siapa tak tahu lagi, nilah rupa pokok timun jepun

(Umur 18 hari)

(Umur 18 hari)

Pokok cili mini aku(terbantut)

Pokok cili mini aku(terbantut)

1001 cerita….

Salam semua. Hampir 2 minggu aku tak updatekan perkembangan projek-prokel pertanian aku. Sungguh aku tak sangka selama hampr 2 mingguni jugaklah bermacam -macam perkara telah berlaku , baik dan buruk. Ini telah membuktikan , kalau Allah S.W.T nak uji kita, tak kira la small scale ke big scale ke sume kena jugak. Part mane kali terakhir aku update tentang kesemua projek pertanian aku eh? Ok aku dah ingat. Untuk orang yang baru baca blog ni, secara ringkasnya dulu aku ader semai pokok cili 568 dengan dua cara semaian yang berbeza. Aku tidak ikut kaedah dan bahan-bahan yang diperlukan sepatutnya 100%. Sehingga kini cuma tinggal 5 pokok yang masih survive tetapi terbantut.

Selain dari itu aku ader projek membuat RPH dari piap PVC, dimana last update aku katakan aku baru dapat plastik bumbung UV untuk dipasang. Dalam masa yang sama juga aku teruskan semaian baru, tetapi dalam tanaman yang lain seperti Jagung, Timun Jepun dan Bendi.

Jadi hari ini aku akan updatekan semua projek aku satu persatu. Ok pertama sekali tentang pokok cili aku. Oleh kerana aku sekarang ni tengah sibuk dalam persiapan berpindah rumah, aku bercadang untuk tidak menyemai biji benih baru dalam masa sekarang. Kerana aku rase dalam menyemai cili ni kita kena ader commitment lebih sikit. Jadi bila semuanyer dah settle sikit baru aku akan star semai balek. Untuk 5 pokok yang tinggal tu alhamdullilah, walaupon pertumbuhan terbantut, diorang ni masih lagi hidup. Aku dah pon pindahkan 5 anak pokok ni dalam polibag dan sistem fertigasi aku pon dah di pasang.

Kedua, pasal projek RPH aku. Setelah plastik bumbung UV tu sampai. Aku dah pon berjaya pasang plastik tersebut pada rangka bumbung aku. Lepas pada itu aku dapati dengan hanya bantuan Isteri aku aku tak dapat nak naikkan bumbung tersebut unutk dipasang pada tiang-tiang yang ader. Jadi selam dua hari, projek ni terberhenti, sehingglah aku dapat bantuan dari Ibu ayah aku dan Mak dan Ayah mertua aku sekali bila diorang ader masa, akhirnya bumbung tersebut berjaya dinaikkan juga.

Kalau korang tengok dalam gambar diatas, bahagian hujung RPH aku ni aku dah sediakan ruang unutk menyemai benih. Jadi nanti bila lain kali kalau aku nak semai benih cili lagi, ianya lebih teratur dan harap-harap tak dihempap kuching lagi

Nampak nya semua bejalan lancar. Tanaman lain yang aku semai kecuali bendi(tak tumbuh langsung) dah membesar dah. Yang ni pon aku dah pindah dalam polibag dan akan gunakan sekai sistem fertigasi aku. Pada hari Khamis 11/12/2008 pagi aku telah pon membuat persediaan untuk pembuatan trellis bagi pokok timun jepun aku. Aku akan buat kaedah jaring yang akan di gantung diatas pokok tersebut. Dan pada hari ni jugalah aku menerima satu lagi dugaan yang baru. Pada petang hari yang sama Mak mertua aku call cakap, tadi kat rumah ader macam ribut taufan. Semua pasu-pasu bunga dia berterbangan. masa tu aku terus pikir pasal RPH aku, ternyata RPH aku pon terkorban.

Menurut kata Mak mertua aku lagi aku nyer RPH habis rebah kesemuanya. Hari tu jalan terlampau jam aku tak dapat nak datang unutk tengok keadaan sebenar RPH dan pokok-pokok aku. tapi aku redha, untuk menjadi petani(ahli perniagaan) yang berjaya kita harus terima pada dugaan Allah, dan gunakan dugaan ini sebagai cabaran unutk berusaha lagi pada masa akan datang. Jadi pada pagi keesokan harinya sebelum aku pergi kerja, aku singgah jap kat rumah Mak kerua aku untuk melihat keadaan sebenar. Jadi inilah keadaan RPH aku yang dah rebah tu.

Sekarang ni aku tengah dalam proses mengemas, mana-mana paip yang masih boleh pakai lagi aku asingkan unutk nak guna balik nanti. Setelah melihat bahagian-bahagian yang patah pada batang PVC dan mendapat maklumat dari Bapa mertua aku, aku dapat simpulkan sebenarnya RPH aku ni tidak tumbang dan patah hanya kerana angin yang bertiup kencang, tetapi sebenarnya RPH aku nni dihempap tiang besi yang patah yang berada disebelah RPH aku.

Tiang ni yang patah dan hempap RPH aku....

Tiang ni yang patah dan hempap RPH aku....

Walau macam manapon, RPH baru tetap akan aku bina semula. Ni yang aku katakan tak kira la kita buat mini projek ke dugaan sebegini tetap ader. Tap aku besyukur , sekurang-kurangnya banyak benda aku dapat belajar balek. jadi setakat kesemua pokok-pokok aku ok lagi, cume aku tak tau biler aku nak bina semula RPH aku. Nanti akan aku update kan lagi berita terkini….

Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi

Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.

Jagung, Timun Jepun dan Bendi(tak keluar lagi)

Jagung, Timun Jepun dan Bendi(tak keluar lagi)

Projek Percubaan Cili Hari ke – 29

Selepas 29 hari menyemai benih cili, aku boleh katakan bahawa peratus kejayaan aku dalam projek percubaan cili ni adalah hanya 10%. Ini hanya berdasarkan jumlah anak pokok yang tinggal sekarang dan perkembangan anak pokok teresebut. Walaubagaimanpon aku tetap akan teruskan proses seterusnya unutk pokok yang boleh hidup lagi. Di samping itu juga aku akan terus sub-projek aku yang diringi oleh anak aku dalam penanaman Jagung, Bendi dan Timun Jepun.

Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah dalam tanaman cili ni memang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi serta langkah-langkah yang khusus supaya ia berjaya dari masa semaian, berbunga dan berbuah. Bagi aku yang baru menempuh period semaian sahaja telah menghadapi pelbagai cabaran. Tapi takpa ni semua pengajaran bagi aku, benda ni belum berakhir pon. Selepas ni akan aku semai lagi satu batch biji benih.

Sebelum ni aku pernah terbaca tentang sesorang yang gagal kerana dia tidak mengikut contoh seorang yang telah berjaya 100%. Sekarang baru sedar, bukannya tak boleh nak jadi inovatif, tapi bagi seorang yang baru hendak bermula aku rase cara yang terbaik adalah mencotohi orang yang telah berjaya. Aku rasa orang yang pernah dengar ceramah MLM mesti ader dengar benda ni gak he he he. Aku pulak dah tau benda ni pon tak ambik pengajaran, masih lagi lakukan kesilapan, inilah manusia he he he. Tapi kira ok gak lah(nak sedapkan hati) sebab aku ubah-ubah bahan pon sebab aku tak jumpa barang-barang sebetulnya. Tapi apa yang telah berlaku sekarang buat aku lebih tercabar lagi untuk berjaya dalam pertanian, ntahlah sebelum ni takde rase camni, aku rase macam dah terjumpa sesuatu yang aku betul-betul nak buat dalam hidup.

So lepas ni nantikan update tentang tanaman lain(bersama anak aku), semaian baru cili dan juga perkembangan cili yang masih survive. Tak lupa pada RPH aku. Dan dua lagi projek yang nak kau buat experimen(nanti aku cakapkan).

Related Posts with Thumbnails