Update: Edible Garden
Setelah beberapa hari aku mulakan projek rumah hijau aku ni akhirnya sekarang telah pon kira-kira 85% sudah siap. aku mengambil masa sedikit kerana banyak perkara yang tak dapat aku plan kan dulu. Semuanya aku plan masa tengah nak buat. Seperti yang aku janjikan hari ini aku akan sertakan gambar rumah hijau yang hampir siap ni.

pada peringkat permulaan, hanya rangka sahaja

binaan yang sudah 85% siap, ada pintu dan bumbung lutsinar
Puas aku fikirkan bagaimana hendak ikat plastik lutsinar pada tiang PVC tu, akhirnya aku buat keputusan unutk menggunakan kaedah rang aku pernah lakukan unutk RPH aku dahulu iaitu Snap clamp buatan sendiri dan nampaknya ianya berhasil
Mungkin dalam beerapa hari siaplah rumah hijau aku ni. Cuma tinggal nak pasang kayu sokongan dengan net sebagai dinding sahaja. Nanti aku update kan lagi.
Untuk tanam cili aku yang kedua akan aku update kan pada post yang lain. salam
Update ke-3: Rumah Pelindung Hujan
Kerja menyiapkan RPH ni hanya dapat aku teruskan selepas office hour setiap hari. Hari ni aku dapat settlekan beberapa benda lagi dan kira-kira RPH aku sekarang sudah hampir 85% siap. Setelah puas aku buat research di dalam Internet, aku bercadang unutk membuat sendiri snap on clamp yang digunakan untuk memegang plastik UV pada rangka RPH.
Untuk memebuat clamp tersebut secara DIY, aku memerlukan paip pvc yang sama saiznya dengan pvc yang aku gunakan untuk rangka bumbung RPH, tetapi dengan ketbalan yang lebih nipis lagi. Berdasarkan research aku lagi, panjang clamp ini adalah disekitar 4 inci. dari pengiraan aku unutk saiz RPH aku ni aku memerlukan lebih kurang 20 keping clamp untuk memgeng plastik bumbumg UV dengan baik.
Setelah paap tersebut dipotong mengikut panjang yang betul, langkah seterusnya adalah aku akan buang sedikit bahagian paip tersebut untuk mendapatkan ruang supaya ia dapat di slotkan keatas paip rangka. berdasarkan rajah di bawah bahagian yang berwarna ptutih hendak di potong dan buang.
Untuk penghasilan yang baik dan supaya tidah merosakkan plastik bumbung UV kemudian, dibahagian corner yang terbuka paip tersebut dapat dibuang seperti rajah di bawah.
Dibawah ini adalah gambar sebenar calmp DIY sebelum dibuang hujung cornernya.
Pastikan paip yang digunakan itu tipis supaya ia fleksibel dan mudah di potong, tapi kena berhati-hati jangan sampai ianya pecah apabila membuat pemotongan. Dibawah adalah plastik bumbung UV yang telah sampai.
Akan bersambung lagi bila ader update……….




