Posts Tagged ‘set mini fertigasi’
Edible Garden Vs Projek Percubaan Cili
Salam semua, dah lama aku tak dapat update blog ni kerana sibuk dengan perkara-perkara lain. Perkembangan pokok cili aku dan edible graden juga dah banyak perkembangannya, cuma tak sempat nak diupdatekan je lagi. kali ni aku nak updatekan dua-dua sekali gus dalam satu post(selaGi aku ader masa nak update ni). Ok kita cerita pasal edible garden dulu. Alhamdullilah, aku berpuas hati dengan pokok-pokok di edible agrden aku ni, walaupon tak semua yang berjaya membesar, aku tetap berpuas hati. Sistem pengairan automatik juga telah beroperasi sepnuhnya dan berjalan lancar. Cuma pada awalnya ader sedikit kesilapan teknikal dimana menyebabkan air baja terus di siram selama lebih 12 jam. habis satu tong baja 200l habis dalam masa satu hari je.
Antara pokok-pokok yang berjaya berkembang dengan baiknya adalah majoritinya pokok sayur buah seperti Kacang Panjang, Petola, Timun, bendi, terung dan tomato. Manakala sayuran daun seperti sawi, bayam, salad dan kobis tak menjadi pulak. Tak sempat lagi aku nak buat failure analysis keatasnya lagi. Orang kata sayur camni lagi senang nak tanam, entahlah. Berikut adalah gambar-gambar pokok yang telah membesar dalam edible garden aku.

timun

petola

Kacang panjang

bendi

terung

tomato
Kesemua pokok yang diatas adalah berumur diantara 35-40 hari dari tarikh semai. Untuk pokok memanjat, aku dapati daun-daun lama dibawah menjadi layu, kering dan mati. Aku tak pasti sama ada fenomena ini biasa ataupon pokok aku ada masalah. Walaubagaimanpon daun-daun lain kelihat hijau dan segar. Unutk baja aku gunakan baja kimia A dan B menggunakan formula cili. Aku faham pokok tertentu mempunyai formulanya sendiri tetapi dalam keadaan ini aku rase boleh aje nak guna formula cili(pendapat peribadi).
Ok sekarang unutk bab pokok cili aku plak di tapak percubaan belakang rumah mertua aku, biah cili telah pon keluar dengan banyaknya. kalau nak diikutkan sebelum itu, bunga yang keluar memang banyak sekali, tetapi yang sangkut sampai menjadi buah tidak semua. Tambahan lagi pokok ader mempunyai penyakit daun krekot. Aku berpendapat punca pokok cili aku mempunyai penyaki ini adalah kerana pembawaan dari anak benih lagi. kalau nak ditengok balek sejarah pokok cili aku ni, pada ketika anak benih ada mempunyai masalah pertumbuhan sedikit. Ianya berpunca dari kesilapan aku meletak semaian di kawasan sangat redup dan hanya memindahkannya dimasa yang sudah terlewat(boleh semak balek post-post yang lama). Satu daripada pokok yang berdaun kerekot telah aku cantas daunnya dan aku nak lihat apa yangterjadi kemudian.
Walaubagaimanapon, sekarang ni ia tetap mengasilkan buah yang banyak, dan tak lama lagi bolehlah kami sekeluarga nak rasa cili 568 buat kali pertama dari kebun sendiri. satu lagi perkara yang telah buat adalah aku telah berjayamenyesaikan masalah ph baja aku yang sangat rendah. Akhirnya aku telah berjaya mendapat hydated lime atau Calcium Hydroxide(COH2) di kedai Ace Hardware. Hydrtaed lime aku dapat ni adalah jenis grade pertanian yang dikeluarkan oleh syarikat serbajadi. pada mulanya air baja yang guna sekarang mempunyai nilai Ph lebih kurang 3.5 untuk nilai EC 2.45. Jadi apa yang aku buat daripada panduan otai-otai pertanian, aku bancuh hydarated lime tersebut dengan bancuhan 10g/1 liter, aku dapatkan stok air kapur ni sebanyak 10 liter. Aku canpurkan dalam air baja aku, dan akhirnya aku dapat bacaan PH 5.9 dan EC 2.3 selepas dicampurkan. Jadi unutk pada masa akan datang aku akan lebih bersedia lagi. Walaubagaimanapon kita harus faham nilai PH yang betul unutk air baja bukan bermakna pokok dapat serap baja dengan betul, kita juga harus pastikan media dalam polibag juga mempunyai bacaan yang betul dan aktiviti inilah yang akan aku lakukan kemudian. Aku rase samapai sini dulu update aku kali ni dan berikiut adalah gambar-gambar yang aku sempat amek

pokok cili terkini

Cili berbuah

daun kerekot

pokok yang ader daun kerekot setelah dicantas

ni je serangga yang aku jumpa
Update 2 : Projek percubaan Cili Round 2 hari ke 28
Alhamdullilah nampaknya semua berjalan dengan lancar. Perkembangan pokok cili aku pon nampaknya ok. Hari ini genap pokk cili aku berumur 28 hari. Walaupon kalau nak dibandingkan dengan pokok orang lain, unutk pokok berumur 28 hari pokok aku ni agak kecil sedikit, tapi aku masih lagi berpuas hati sebab sejarah pokok aku kali ni memng ader problem sedikit seperti layu ketika anak pokok dan anak pokok menjadi taugeh. Dibawah adalah gambar pokok aku dihari ke 28. Sorry gambar tak terang sangat sebab ambil gambar waktu senja dan takde flash.


Dua minggu berturut sebelum ini, aktiviti membuang tunas dibawah cabang utama telah pon dilakukan. Dan racun kulat juga disembur selepas activiti membuang tunas dilakukan. Kayu pacang juga telah di pasang unutk bebrapa pokok sahaja kerana kekurang kayu pacang.
Hari ni aku tak buat pom aktiviti buang tunas sebab aku nak tunggu pokok tinggi sikit dan berbunnga dulu. Sekian dulu
Case study: Siphon effect
Setelah beberapa hari system fertigasi mini aku online, ader satu perkara yang masih merisaukan dan tidak menepati kehendak aku. Aliran air+baja AB yang tidak menentu amat merisaukan aku. Apa yang aku perhatikan, selepas saja pam aquarium aku berhenti mengepam, aliran dalam tiub terus saja mengalir tanpa henti. Ini adalah fenomena yang dipanggil siphon effect. Secara ringkasnya, ia adalah satu fenomena dimana air aka mengalir dengan bantuan graviti dan tekanan atmosfera.
Aku pon buatlah kajian kat Internet, dari info yang aku dapat benda ni memang timbulkan sedikit issue, tapi bagi sistem fertigasi yang besar dan ader juga penyelesaiannya. Tetapi untuk sistem fertigasi mini yang hanya guna pam akuarium dan tiub getah sahaja, memang takde solution yang aku dapat cari. Jadi aku nak cuba pahamkan solution yang diorang bincangkan dalam forum dan cuba unutk applykan dalam sistem aku, akhirnya aku tak berjaya jugak. tanpa bantuan guru aku tak dapat nak relatekan sebab sistem yang diorang bincang pakai external pump system dimana yang aku guna adalah submersible pump. jadi aku cari dan cari lagi jalan penyelesaian.
Last sekali aku jumpa satu solution dimana kita boleh cancel siphon effect ini dengan melepaskan udara yang ader dalam paip atau tiub yang kita gunakan. Jadi unutk meggunakan konsep ini kita perlukan satu alat yang dipanggil pressure release valve atau anti-siphon valve. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni benda bagus kalau sistem aku ni dalam skala yang besar, dimana aku akan pakai paip besi atau pvc sebagai saluran dari motor. Sekarang ni solution dah ader nak implement tak boleh sebab tak praktikal. Jadi aku amek keputusan unutk tanya kawan-kawan mekanikal aku. diorang pon rase teruja nak tolong solve problem ni bila aku story sket background projek aku ni. Jadi hari akuĀ cerita pasal solution yang dicadangkan oleh diorang ni.
Gambarajah dibawah ni menunjukkan sistem aku yang basic

Dalam setup diatas, oleh kerana air yang keluar dihujung hose(dekat tanaman) berada lebih rendah dari air yang masuk ke dalam hose ia akan menyebabkan siphon effect dimana air akan terus mengalir keluar walaupon pam sudah pon berhenti. Gambarajah seterusnya adalah setup yang dicadangkan oleh member aku unutk mengatasi masalah ni dengan cara ringkas.

Dengan konsep diatas sepatutnya kita dapat memecahkan kesan siphon yang berlaku. Pada pandangan aku ianya mungkin boleh berjaya tetapi aku rase ader beberapa limitation. Walaubagaimapon takpe akan aku try dulu kaedah ni dan aku nak tengok hasilnya nanti.



