Update 2: Edible Garden
Salam semua, baru hari in aku sempat nak update blog ni. Untuk edible garden aku, sebenarnya sejak dari minggu lepas lagi dah siap sepenuhnya. Kalau nak dah boleh start tanam dah ni tapi kena buat penyiraman secara manual lah. Jadi kesimpulannya walaupon green house aku aku dah siap aku tak start tanam lagi sebab aku decide nak siapkan sistem pengairan sekali.
Untuk pengetahuan semua rumah hijau aku ni terdiri daripa beberapa seksyen.
- Ruang semaian
- Squarefoot garden
- Ruang tanaman polibeg
Korang semua boleh tengok dalam gambar aku sertakan dibawah. Objective utama rumah hijau aku ni adalah untuk aku tanam sayur-sayuran untuk keperluan harian, praktis tanaman yang ditanam dalam polibeg, dan akhirnya latih tubi semai benih cili dan lian-lain.

Pandangan Luar

Pandangan dalam dan komponen didalamnya
Aku harap dengan siapnya rumah hijau aku ni, akan menjadi inspirsasi kepada orang lain yang nak buat jugak.
Update benih Cili Round-2
Hari ni, genap 19 hari semaian untuk cili aku yang kali kedua ni. Kali ni kurang sikit masalah yang aku hadapi, cuma anak benih kali ni yang tumbuh kurus-kurus macam taugeh dan ader juga yang layu dan mati. Mengikut pemerhatian aku mungkin aku siram terlalu banyak air dan terjadinya lecur anak benih atau dipanggil Damping Off. Aku rase diantara sebab musabab nya adalah aku tak gunakan racun kulat semasa merawat benih dan aku juga tak sembur racun kulat selepas tujuh hari semai. Nilah aje apa yang aku dapat simpulkan. Walau bagaimanapon yang lain masih lagi nampaknya boleh hidup dan hari ni aku dah sembur ngan racun kulat. Harap-harap semuanya ok.

Ni masa anak benih berumur 10 hari

Yang ni sama gak
Yang ni plak saja je aku nak tunjuk gambar jagung aku yang dah berbuah, semua jagung aku dah berbuah dengan dua biji setiap pokok

Projek Percubaan Cili Round 2 ….Fight
Aku nak update kan projek cili aku yang kali kedua ni. Segala kaedah diulang kembali, tapi kali ni aku dapat gunakan bahan-bahan yang sepatutnya seperti peat most, racun kulat dan sebagainya. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak updatekan sikit tentang RPH, siphon effect aku dan pokok-pokok yang lain. Alhamdullilah semuanya ok , RPH aku selamat dibina semula, cuma nak diperkuatkan lagi, al maklumlah, agak tergesa-gesa aku repair RPH aku tuh.

Pokok-pokok aku yang lain, semuanya habis kecuali Jagung. Tanaman jagung aku dah nak mula keluar bunga.

Pasal siphon effect tu, tak sempat aku nak test. last sekali aku dapat info dari Romatech Agro untuk masalah ni. Lagi pon aku dah nak plan guna tank besar dan akan diletakkan ditempat sesuai dimana ianya sama level dengan pokok.. Ok berbalik pada projek cili aku, aku dah selesai penyediaan benih dan semai diatas tray. Sekarang ni benih dah mula bercambah dan nampaknya kali ni cepat plak. Bolehlah tengok gambar-gambar yang sempat aku amek, tapi gambar benih yang dah cmbah tak sempat aku nak amek lagi.

selepas rendam dan dimasukkan dalam plastik yang ditiup

benih dalam tray

Projek Cili kembali
Salam semua, hampir berapa lama aku pon tak kira aku tak buat posting kat blog ni. Dengan sibuk perpindahan rumah dan baru saje semalam rumah baru aku ader internet, membuat kan aku tak dapat nak update apa perkembangan terbaru.
Walau camne pon, banyak progress yang aku dapat selesaikan seperti RPH aku. Setelah mengalami bencana, akhirnya aku berjaya unutk mendirikan semula RPH aku. Disamping itu aku dapat idea baru camne nak buat RPH aku ni secara hobilah.
Selain dari itu perkembangan pokok aku, pokok jagung masih maintain walaupon dah lama gila tak letak baja pon. Pokok timun jepun aku plak mula-mula kekuningan(kurang baja) pastu jadi togel plak, tinggal satu batang je. Aku rase kena makan dek tupailah. Pokok cili masih lagi version mini. Kesimpulannya semua aku cabut dan nak buat baru. Sekarang ni tapak belakang rumah mak mertua aku ni aku nak tumpukan cili sahaja. Lain-lain sayuran dan pokok, aku akan buat kat tapak baru di belakang rumah aku plak.(he he dah duduk rumah teres ni).
Gambar-gambar akan aku update kemudian. Benih cili baru aku dah beli dan aku akan mulakan fasa baru projek cili aku. Bermacam-macam projek dalam kepala, tapi yang penting selesaikan satu persatu. Salam
Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi
Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.
Perkembangan yang mendebarkan
Setelah menghadapi dugaan anak pokok yang agak terbantut, anak pokok di hempap kucing, aku diuji sekali sekali lagi dengan perkembangan anak pokok yang tidak konsistan. Setelah mendapat nasihat untuk meletakkan anak pokok aku terus di bawah matahari anak pokok aku sekarang ni jadi sekejap ok dan sekejap tak ok. Samapai ader satu tahap lepas dia tak ok dia terus KO. Tapi secara umumnya yang lain bersifat kejap ok dan tak ok. Jika hari ini dia nampak kecut dan kerepot besok dah nampak segar balek dan seterusnya.
Adakah ini fenomena yang biasa? Aku masih lagi mencari Jawapan? Andai kata kesemua anak pokok aku kecundang, aku tidak akan berputus asa. Akan aku cuba sekali lagi dengan cara yang lebih betul. Aku agak menyesak tidak menggunakan peat moss yang disediakan dalam pakej DIY 10 pokok yang dibeli dari En Apai.
Sebenarnay seronok jugak buat eksperimen. aling kurang sebarang penmuan boleh dibuat pengajaran untuk masa akan datang bila aku dah bersedia nak secara koemersial nanti.
Coba aaan…..
Salam semua, hari ni genap benih yang aku semai selama 20 hari dan hari ni jugaklah aku terima dua dugaan pertama dalam penanaman cili ini.
Yang pertama, cili aku masih kemetot je lagi, walaupon dah 20 hari masih maintain kurus dan berdaun 2 je. Aku rase tanah semaian yang aku beli dari nursery cina masa awal-awal dulu ni memang takleh nak pakailah(cari alasan lah ni). Aku rasa memang pokok cili ni tak cukup nutrient la. kalau nak katakan ada masalah penyakit ke, tengok dari segi fizikal nampak cam normal je. Yang sebenarnya banyak prosedur-prosedur yang aku senaraikan dulu aku skip. Sebagai contoh, sampai hari ni belum pon aku letak racun kulat lagi, cuma hari ni je aku baru try letak racun organik green patrol. Tulah aku rase ni semua mungkin faktor-faktor yang menyebabkan pokok aku jadi camni. Lagi satu, aku pernah terbaca yang sebenarnya semasa proses menyemai tu kena pakai sarung tangan supaya benih tak tercemar, aku memang tak pakai he he he.
Yang kedua, bila aku balek keje hari ni, aku terus bergegas nak tengok anak benih, sekali bukan main terkejut lagi aku bila aku nampak seekor kucing yang sihat walafiat sedang senang lenang duduk atas tray semaian aku. Aku macam nak nangis pon ader. Aku pon aper lagi, halau bagai nak raklah kucing tuh. Nak kira habis jugaklah anak benih aku yang kurus-kurus ni, semuanya leper. Mana yang aku rase aku boleh selamatkan aku cuba selamatkan. Aku terpaksa letak lidi untuk menampong batang pokok yang dah rebah tu.
Tapi walau apapon aku terima ni semua, banyak pengajaran yang aku boleh dapat dengan peristiwa ni. Jadi lain kali aku buat lebih teratur lagi. Kita merancang Tuhan saje yang menetukan. Disamping tu, aktiviti-aktiviti aku yang lain masih lagi aku teruskan. Pembinaan RPH aku masih lagi berjalan lancar. Semalam aku selesai pacak kesemua tiang dan membuat rangka bumbung(arch).
Untuk anak benih aku tuh aku tawakal jela. Mana yang masih hidup tu aku teruskan dan akan cuba sekali lagi unutk menyemai anak benih yang baru kemudian.
Tips hari ini….
Kalau nak bengkokkan PVC dengan berkesan, boledigunakan air panas dengan cara merendan paip kedalamnya. Untuk lebih cepat Hotgun boleh digunakan. unutk mendapat pemanasan yang seragam, boleh letakkan pasir dalam paip sebelum memansakannya.(Aku tak buat pon ni pasal nak cepat)
Semaian Benih Cili
Hari tiba masa untuk aku mulakan semaian bijih benih(aku guna benih cili Kulai 568 F1 yang aku dapat) aku dengan menggunakan kaedah semaian A. Jadi sebelum itu mari aku terangkan dulu apa yang aku maksudkan untuk kaedah semaian A ini. Kaedah ini aku dapat dari Forum yang membincangkan pasal pertanian
Kaedah semaian A
1. Rendam Biji benih dalam air selama 8 jam.
2. Toskan benih dan taburkan diatas kertas A4 .
3. Lipat kan kertas A4 tadi berserta benih dan masukkan ke dalam plastik. Tiupkam plastik tersebut dan ikat(biarkan kembung). Biarkan selama 24 jam.
4. Keluarkan benih dan semburkan racun.(Aku akan ubah guna EMAS)
5. Semai sedalam 0.5 cm dalam peat moss.
6. Siram air pagi dan petang.
7. Setiap tujuh hari sembur dengan racun kulat(guna separuh sukatan)
8. Selepas 14 hari siran baja AB pagi dan petang.
9. Selepas 21 hari, jemur anak pokok ke matahari pagi setiap hari dari 8 hingga 11 pagi.
10. Selepas 25 hari atau lebih sudah boleh pindah ke polibag.
Jadi aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara 7th dragon untuk maklumat ini.
Sebenarnya aku takkan ikut 100% kaedah ini sebab aku nak cuba lain sikit. Kalau dalam kaedah ni dia guna sikit racun sebelum masukkan benih dalam peat moss, aku nak rendam dalam EM sebelum masukkan. Lagi satu yang aku rasa aku nak buat yang takda cakap dalam kaedah tadi adalah menutup tray semaian dengan plastik hitam selama 5 hari. Gambar akan aku updatekan sedikit demi sedikit dalam post ini.








