2010 for Green

Picture credit to Koert van Mensvoort
Salam semua,
Setelah masuk tahun baru ni, semangat peertanian aku kembali lagi. Tapi kali ni dengan berwajah baru. Kali ni aku bercita-cita untuk mengaplikasikan concept Organic atau Pertanian organik. Banyak orang kata pertanian organik agak tinggi kosnya. Mungkin jugak, mungkin tidak, hanya orang yang dah buat jelah yang tau. So skang ni turn aku plak lah yang nak mencoba nya. Buat masa ni seperti biasa akan aku mulakan duu secara kecil-kecilan di Edible garden ku dulu, dan kalau semua ok dan berjalan lancar serta diizin kan Allah dan diberi murah rezeki akan aku terus kan kepada sekala yang lebih besar nanti pada tahun ni.
Cakap pasal organik ni apa yang korang paham? Setakat ni apa yang paham kalau kita nak buat pertanian organik maknanya segala meterial yang hendak digunkan mestilah berunsur organik seperti baja dan racun. Tapi satu je yang aku tak paham, kalau organik ni sebenarnya datang dari sumber alam kenapa boleh kos dia mahal sangat. adakah betul kos nya mahal atau saje diorang ni manupulate jadi kasi mahal sebab nak untung lebih. Entahlah
Walaubagaimanapon, nantikanlah update aku dalam project pertanian organik aku pada tahun ni.
Salam
Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi
Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.

