Posts Tagged ‘Rumah Pelindung Hujan’
1001 cerita….
Salam semua. Hampir 2 minggu aku tak updatekan perkembangan projek-prokel pertanian aku. Sungguh aku tak sangka selama hampr 2 mingguni jugaklah bermacam -macam perkara telah berlaku , baik dan buruk. Ini telah membuktikan , kalau Allah S.W.T nak uji kita, tak kira la small scale ke big scale ke sume kena jugak. Part mane kali terakhir aku update tentang kesemua projek pertanian aku eh? Ok aku dah ingat. Untuk orang yang baru baca blog ni, secara ringkasnya dulu aku ader semai pokok cili 568 dengan dua cara semaian yang berbeza. Aku tidak ikut kaedah dan bahan-bahan yang diperlukan sepatutnya 100%. Sehingga kini cuma tinggal 5 pokok yang masih survive tetapi terbantut.
Selain dari itu aku ader projek membuat RPH dari piap PVC, dimana last update aku katakan aku baru dapat plastik bumbung UV untuk dipasang. Dalam masa yang sama juga aku teruskan semaian baru, tetapi dalam tanaman yang lain seperti Jagung, Timun Jepun dan Bendi.
Jadi hari ini aku akan updatekan semua projek aku satu persatu. Ok pertama sekali tentang pokok cili aku. Oleh kerana aku sekarang ni tengah sibuk dalam persiapan berpindah rumah, aku bercadang untuk tidak menyemai biji benih baru dalam masa sekarang. Kerana aku rase dalam menyemai cili ni kita kena ader commitment lebih sikit. Jadi bila semuanyer dah settle sikit baru aku akan star semai balek. Untuk 5 pokok yang tinggal tu alhamdullilah, walaupon pertumbuhan terbantut, diorang ni masih lagi hidup. Aku dah pon pindahkan 5 anak pokok ni dalam polibag dan sistem fertigasi aku pon dah di pasang.
Kedua, pasal projek RPH aku. Setelah plastik bumbung UV tu sampai. Aku dah pon berjaya pasang plastik tersebut pada rangka bumbung aku. Lepas pada itu aku dapati dengan hanya bantuan Isteri aku aku tak dapat nak naikkan bumbung tersebut unutk dipasang pada tiang-tiang yang ader. Jadi selam dua hari, projek ni terberhenti, sehingglah aku dapat bantuan dari Ibu ayah aku dan Mak dan Ayah mertua aku sekali bila diorang ader masa, akhirnya bumbung tersebut berjaya dinaikkan juga.
Kalau korang tengok dalam gambar diatas, bahagian hujung RPH aku ni aku dah sediakan ruang unutk menyemai benih. Jadi nanti bila lain kali kalau aku nak semai benih cili lagi, ianya lebih teratur dan harap-harap tak dihempap kuching lagi
Nampak nya semua bejalan lancar. Tanaman lain yang aku semai kecuali bendi(tak tumbuh langsung) dah membesar dah. Yang ni pon aku dah pindah dalam polibag dan akan gunakan sekai sistem fertigasi aku. Pada hari Khamis 11/12/2008 pagi aku telah pon membuat persediaan untuk pembuatan trellis bagi pokok timun jepun aku. Aku akan buat kaedah jaring yang akan di gantung diatas pokok tersebut. Dan pada hari ni jugalah aku menerima satu lagi dugaan yang baru. Pada petang hari yang sama Mak mertua aku call cakap, tadi kat rumah ader macam ribut taufan. Semua pasu-pasu bunga dia berterbangan. masa tu aku terus pikir pasal RPH aku, ternyata RPH aku pon terkorban.
Menurut kata Mak mertua aku lagi aku nyer RPH habis rebah kesemuanya. Hari tu jalan terlampau jam aku tak dapat nak datang unutk tengok keadaan sebenar RPH dan pokok-pokok aku. tapi aku redha, untuk menjadi petani(ahli perniagaan) yang berjaya kita harus terima pada dugaan Allah, dan gunakan dugaan ini sebagai cabaran unutk berusaha lagi pada masa akan datang. Jadi pada pagi keesokan harinya sebelum aku pergi kerja, aku singgah jap kat rumah Mak kerua aku untuk melihat keadaan sebenar. Jadi inilah keadaan RPH aku yang dah rebah tu.
Sekarang ni aku tengah dalam proses mengemas, mana-mana paip yang masih boleh pakai lagi aku asingkan unutk nak guna balik nanti. Setelah melihat bahagian-bahagian yang patah pada batang PVC dan mendapat maklumat dari Bapa mertua aku, aku dapat simpulkan sebenarnya RPH aku ni tidak tumbang dan patah hanya kerana angin yang bertiup kencang, tetapi sebenarnya RPH aku nni dihempap tiang besi yang patah yang berada disebelah RPH aku.
Walau macam manapon, RPH baru tetap akan aku bina semula. Ni yang aku katakan tak kira la kita buat mini projek ke dugaan sebegini tetap ader. Tap aku besyukur , sekurang-kurangnya banyak benda aku dapat belajar balek. jadi setakat kesemua pokok-pokok aku ok lagi, cume aku tak tau biler aku nak bina semula RPH aku. Nanti akan aku update kan lagi berita terkini….
Update ke-3: Rumah Pelindung Hujan
Kerja menyiapkan RPH ni hanya dapat aku teruskan selepas office hour setiap hari. Hari ni aku dapat settlekan beberapa benda lagi dan kira-kira RPH aku sekarang sudah hampir 85% siap. Setelah puas aku buat research di dalam Internet, aku bercadang unutk membuat sendiri snap on clamp yang digunakan untuk memegang plastik UV pada rangka RPH.
Untuk memebuat clamp tersebut secara DIY, aku memerlukan paip pvc yang sama saiznya dengan pvc yang aku gunakan untuk rangka bumbung RPH, tetapi dengan ketbalan yang lebih nipis lagi. Berdasarkan research aku lagi, panjang clamp ini adalah disekitar 4 inci. dari pengiraan aku unutk saiz RPH aku ni aku memerlukan lebih kurang 20 keping clamp untuk memgeng plastik bumbumg UV dengan baik.
Setelah paap tersebut dipotong mengikut panjang yang betul, langkah seterusnya adalah aku akan buang sedikit bahagian paip tersebut untuk mendapatkan ruang supaya ia dapat di slotkan keatas paip rangka. berdasarkan rajah di bawah bahagian yang berwarna ptutih hendak di potong dan buang.
Untuk penghasilan yang baik dan supaya tidah merosakkan plastik bumbung UV kemudian, dibahagian corner yang terbuka paip tersebut dapat dibuang seperti rajah di bawah.
Dibawah ini adalah gambar sebenar calmp DIY sebelum dibuang hujung cornernya.
Pastikan paip yang digunakan itu tipis supaya ia fleksibel dan mudah di potong, tapi kena berhati-hati jangan sampai ianya pecah apabila membuat pemotongan. Dibawah adalah plastik bumbung UV yang telah sampai.
Akan bersambung lagi bila ader update……….
Update ke-2: Rumah Pelindung Hujan
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T, kerana hari nin walaupon aku sibuk dengan pelabagai aktiviti mana nak monitor kontraktor yang buat renovation rumah aku dan hari ade majlis hari jadi salah seorang anak buah aku, aku dapat jugak selesaikan lebih kurang 90% rumah pelindung hujan aku.
Hari ini aku dapat lengkapkan pemasangan bahagian rangka bumbung RPH. Kesemua sambungan masih dilakukan tanpa menggunakan gam PVC lagi. Ini adalah kerana aku belum buat keputusan lagi sama ada nak buat permenant coneection ke atau aku nak biar je. Tapi walaubagaimanapon aku tetap puas hati dengan pemasangan hari, walaupon aku tengok lengkong bumbung macam tak sama rata sket. Masa aku buat pembengkokkan PVC tempoh hari pon aku nak cepat sebab takde masa sangat, kira bolehlah macam ni.
Satu lagi aku rasa besyukur sangat pasal perkembangan anak pokok aku yang dah dihempap dek kucing yang sangat sihat semalam. Alhamdullilah, hari ni aku tengok pokok tu dah segar sikit dan mula nak membesar setelah aku letak baja lebih sikit dan dedahkan pada matahari. Ada dua tiga tu memang dah tahap takleh nak selamatkan lagi lah. Aku lupa plak nak amek gambar. Nanti bila RPH aku dah siap boleh lah aku buat semaian buat kali kedua nanti kat bawah tu.
Sekarang aku tinggak nak tungu plastik bumbung yang ader UV protection sampai dari Sabak Agro je.
Update: Rumah Pelindung Hujan
Hari ini aku sempat mintak tolong Isteri tercinta untuk pergi ke kedai hardware membeli barang-barang yang aku perlukan untuk membuat rumah pelindung hujan. Design RPH yang akan aku buat adalah sedikit sebanyak seperti gambar dibawah.
Ini adalah lakaran aku yang pertama. Untuk design yang sebenar mungkin ia lebih panjang sedikit dengan extra dua lagi tiang. Aku dah buat list berapa banyak paip PVC yang dikenhendaki dan panjang nyer sekali. Inilah paip yang telah isteriku belikan.
Kos bagi kesemua paip PVC yang aku beli ni adalah dalam RM150. Harga ni termasuk cross joint yang diperbuat dari G.I. Sebab cina tu cakap cross join PVC mmemang tak de jual. Harga ni tak termasuk Plastik bumbung lagi dan saiz RPH ni adalah 16′ x 5′.
Ni plak pembantu aku no.1 yang sentiasa nak mintak tolong buat sesuatu. Harap-harap sampai besar masih lagi camtu.
Jadi untuk permulaan, hari aku hanya sempat pacak 4 batang tiang saja. Nati besok-besok kalau ada masa aku sambung lagi dan updatekan progress nyer.
Update dari post yang sebelum ni pasal bacaan EC larutan Baja AB pekat, aku dapat feedback dari kawan-kawan di internet mengatakan baja AB pekat tak payah nak buat reading, cuma bila nak bancuh ngan air je buat reading, macam biasa yang perlu di buat
Projek Percubaan Cili Hari ke – 13
Hari ni genap hari ke 13 selapas aku mula semai biji benih dalam tray. Alhamdulillah walaupon tak semua bijih benih yang aku semai tumbuh, aku tetap berpuas hati dan besyukur sebab masih ader lagi yang terus membesar. Daripada dua kumpulan biji semaian yang aku cuba, ternyata benih-benih dari kumpulan Kaedah A mempunyai peratus cambahan yang lebih besar berbanding dari Kaedah B. Walau macam mane pon, seperti yang aku dah cakap sebelum ni pada pandangan aku benih aku ni mempunyai pertumbuhan yang agak perlahan sedikit. Ini adalah dari pemerhatian dan rujukan aku dari sumber-sumber di internet. Perkara ini mungkin perkara biasa dan mungkin tidak.
Mungkin ada bebrapa perkara yang aku tak beritahu sebelum ni, yang mungkin menjadi antara penyebab perkara ini. Di antaranya..
- Benih yang aku dapat aku terpaksa simpan didalam peti ais agak lama sebab penundaan permualaan projek.
- Aku tidak dapat mencari Hollan peat/Peat moss yang sebenar seperti yang dianjurkan. aku cuma dapat beli media semaian yang dibuat sendiri oleh tokey kedai nursery tu dan aku pon tak tau isi kandungan media tersebut.
Walau apa pon aku kena teruskan usaha murni aku ni, mungkin untuk pusingan kedua kelak benda-benda seperti ni dapat aku elakkan. Besok genap 14 hari semaian, aku akan mulakan aktiviti meracun dan siraman baja AB keatas anak benih dengan sukatan separuh. Racun kulat yang aku dapat beli adalah Thiram. kalau ikut panduan sebenar disarankan supaya lepas 7 hari dah start racun, tapi aku buat lambat sikitla.
Selain dari itu, aku jugak dah buat keputusan nak buat rumah pelindung hujan dari pipe PVC untuk projek percubaan aku ni. Memandangkan ramai yang dah tahu kebaikkan dan keburukan Rumah Hujan ni aku takkan buat eksperimen dalam penggunaannya. Aku akan sertakan pelan rumah pelindung hujan serta bahan-bahan yang diperlukan serta kosnya sekali didalam blog ini kemudian.
Dari segi penggunaan baja tambahan, aku aku laksanakan satu eksperimen dengan penggunaan baja Zeolite aka baja Gunung berapi. Aku perhatikan, banyak lagi yang masih kabur-kabur tentang kebaikkan dan keburukan bajani, jadi aku plak nak cuba. Itu saja update projek aku pada masa ini.


















