Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi
Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.
Green Patrol: Racun Organik
Antara barang yang memang aku nak cuba adalah Racun Organik Green Patrol Es. Sebenarnya benda ni tak dipanggil racun, ia lebih dipanggil sebagai bahan Pengawal Serangga kerana secara amnya ia tidak membunuh serangga serta-merta tetapi ia bertindak dengan dengan melemaskan serangga dan mengganggu sistem biak serangga. Maklumat lebih lanjut anda sume bole baca sini. Aku dapatkan green petrol dari saudara Azrin dari Blog Tanah Kita dengan harga RM 57. Lawatan aku yang sekejapje ke rumah Saudara Azrin untuk amek green petrol telah menambahkan semangat aku lagi untuk benar-benar bergelar Petani Moden pada masa akan datang. Jadi inilah gambar bahan pengawal serangga tersebut.
Selain dari tu aku nak update sket pasal projek percubaana aku. Sekarang anak benih genap 15 hari. Inilah rupa anak benih aku yang aku rase macam kecik aje, besok mungkin aku akan mula siram baja AB separuh sukatan dan aku nak tengok ada perbezaan tak.
dan ini plak perbezaan yangan aku cakap diantara dua kaedah semaian A dan B
Ini plak Racun Kulat yang aku beli untuk penggunaan aku Kelak yang berharga RM 25 unutk satu kotak besar.
dan akhir sekali ni adalah gambar tapak projek yang telah pon di kemas serba sedikit. Lepas ni jika ade masa aku cuba dapatkan kesemua bahan -bahan yang telah aku senaraikan untuk membina rumah pelindung hujan diatasa tapak ini.








