rss search

next page next page close

Easy as …1 2 3

Salam semua,

Ingat tak lagi pasal post aku yang sebelum ni pasal kopi free dari Starbuck. Nasib baik kopi tu free, kalau tidak memang tak beli pon aku kopi tu(tapi aku masih beli jenis kopi lain). Hari ni aku nak kongsi ngan korang semua satu formula. Dan formula yang aku nak kongsi ni adalah formula buat kopi sendiri macam kopi Starbuck. Sorilah kepada Starbuck dan peminat-peminat Starbuck Ha ha. Aku cuma nak bagi alternative kepada korang semua je. Kalau agak-agak kering je bulan ni(tapi ni bulan 12 mesti tak kering punyer) boleh lah apply kan formula aku ni.

So sebelum aku teruskan ngan formula aku ni, aku nak perkenalkan kan korang dengan bahan yang penting dalam formula ni dulu……Nescafe Alta Rica.

Alta-Rica-3181-big

Kenapa Nescafe? Sebab cepat dan senang. kalau ko guna serbuk kopi biasa macam-macam step yang nak kena buat. Berbalek pada formula aku tadi, aku nak perkenalkan korang formula  1 2 3(thanks to ben hatta). Apa itu formula 1 2 3? Dengan hanya sukatan sudu teh 1 kopi Alta Rica, 2 Gula dan 3 Creamer dicampurkan kedalam mug bersaiz standard berisi 3/4 air panas, korang dah boleh menikmati kopi ala-ala Star buck hari hari.

Secara ringkasnya korang boleh rujuk gambarajah di bawah.

formula

Korang boleh dapatkan Nescafe Alta Rica ni kat mane-mane supermarket. Harga dia memang agak mahal sket la dalam 20 hengget lebih satu botol besar, tapi aku rase berbaloi sebab kau boleh dapat bercawan-cawan kopi.

Selamat mencuba.


next page next page close

Kopi percuma dari Starbucks hari ni…..

Ya memang betul aku tak tipu. Member aku bagitau dalam paper ader cakap pasal kopi free ni, kita pon tepat kol 11 turun berlari-lari anak untuk mendapatkan secawan kopi Starbukcs. Sampai-sampai je..tu ha panjang giler kena beratur. Tapi dek kerana semangat sebab Malaysia masuk final bola sukan sea, kitorang beratur gak.

IMAG0096

Borak punya borak, last sekali sampai gak kat counter dan kitorang dapatlah kopi free ni, kitaorang pon dengan bangga nye berjalan balek sambil diperhatikan mereka-meraka ayng masih dalam barisan dengan semangat yang membara. So korang tunggu apa lagi copat la gi amek kopi free korang…

IMAG0097

p/s: nak kata sedap sangat tak pon lagi sedap kopi pak ali warung bawah pokok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Easy as …1 2 3

Salam semua, Ingat tak lagi pasal post aku yang sebelum ni pasal kopi free dari Starbuck....
article post

Kopi percuma dari Starbucks hari ni…..

Ya memang betul aku tak tipu. Member aku bagitau dalam paper ader cakap pasal kopi free...
article post