Posts Tagged ‘Kacang Panjang’

Mari kita Cantasssszzz

Salam, aku nak update sikitje ni. Selepas pikir punya pikir punya pikir aku dah amek keputusan dah. Aku bagi tempoh sampai ujung minggu ni kalau tak berbunga jugak pokok timun, petola ngan kacang panjang, aku nak cantasssszzzz.

Lagipon otai-otai dah ader nasihatkan kalau dan lebih sebulan pokok tak berbunga(unutk pokok timun) baik tanam baru je. So mari kita tunggu sampai hujung minggu ni….

Bunga takde, putik pun takde

Salam semua, setelah beberapa lama aku tunggu, dengan harapan aku dapat merasa sendiri timun, petola dan kacang panjang yang aku tanam, sehingga sekarang tak berbuah-buah lagi. Bukan kata nak berbuah, nak berbunga pon tak lagi. Hmmm aku pon kadang-kadang naik pening, tapi nilah aku rase cabaran dalam pertanian. Sesuatu mungkin akan berlaku diluar dugaan kita. Kalau ikut schedule, sepatutnya pokok timun, petola dan kacang panjang aku ni dah berbuah lah sepatutnya. Sekarang ni daun tumbuh dan menjalar bukan main lebat lagi. Tapi takpe aku masih akan tunggu lagi sebab itu ajelah yang aku boleh buat sekarang.

Setelah aku bertanya kepada otai-otai pertanian ni. Secara teknikalnya ader bebrapa sebab:

  1. Penyerapan baja yang tidak sempurna atas sebab PH media yang tidak sesuai atau sebagainya. Untuk ini, aku masih tak pernah check lagi PH media aku so aku tak boleh nak kaitkan lagi. Setakat ni PH air baja yang aku dapat masih lagi dalam lingkungan yang sesuia iaitu 5.9.
  2. Memang jenis benih yang berbuah lambat. Walaupon berat hati unutk memilih alasan ni(sebab takkan tiga pokok sekali yang berlainan jenis aku dapat benih yang lambat buah), aku tetap pilih alasan ni keatas apa yang dah terjadi.(nak sedapkan hati je ni)

Nampaknya bulan ni tak dapat lagi lah aku merasa apa-apa lagi

Edible Garden: Tanaman sudah bermula

Ok hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua apa yang dah aku mulakan dalam green house yang bina tempoh hari. mengikut plan aku tanaman yang akan aku tanam dalam squarefott garden aku adalah seperti berikut.

squarefootplan

Kesemuanya telah pon aku semai, walau bagaimanapon tidak semua yang bercambah. Semasa aku semai tempoh hari, aku gunakan cara yang sama akusemai benih cili. Daripada kesemua tanaman diatas cuma Timun, Kacang panjang, petola, bendi, kobis dan lobak sahaja yang dah bercambah. Disini aku serta kan sekali gambar-gambar pokok yang telah bercambah.

timun

Pokok Timun

Pokok Petola

Pokok Petola

Pokok Kacang Panjang

Pokok Kacang Panjang

Pokok bendi

Pokok bendi

Kobis Bunga

Kobis Bunga

Pokok Terung

Pokok Terung

Ini pula dalah gambar tapak squarefoot garden yang terkini. Aku telah pon siap memasang sistem pengairan untuk rumah hijau ni, cuma belum lagi dimulakan kan lagi. Buat masa sekarang siraman masih lagi secara manual.

choc-cake-nan-030

Selain daripada itu kalau dilihat pada keseluruhan rumah hijau aku ni(boleh lihat gambar pada post yang lepas) terdapat juga bahagian polibag dimana aku bercadang unutk menanam tomato. Benih tomato juga telah pun disemai dan dalam proses membesar.

Pokok Tomato

Pokok Tomato

Selain dari itu aku ader juga menyediakan ruang kecil untuk aku menanam pelbagai pokok-pokok kecil yang lain yang mana setakat belum ade lagi kecuali pokok daun Kesom yang dicucuk oleh Ibu aku tempoh hari. Nampaknya pokok tu dah mula nak tumbuh daun baru.

daun selasih

Related Posts with Thumbnails