Muyandroid(Bukan nama sebenar)
Semenjak dua menjak ni, aku nyer mood dalam barang-barang gadget dah datang balek. Mungkin aku tension sket agaknya. Selalu orang kalau tension diorang lepaskan dengan makan ke, main sports ke(dua dua aku buat gak ni) tapi aku rase aku cam nak beli gadget baru je….apa yang aku nak terbeli ni nanti aku cerita lagi, tapi apa yang aku nak cakap kali ni adalah tentang nama. Bukan nama baby baru, bukan nama kedai, bukan nama website atau business…..tapi nama timangan gadget anda.
Ader sorang kawan aku ni, dia memang kaki gadget(solo lagi ni). Dia yang start namakan gadget-gadget ni. last-last aku pon rase seronok nak ikut. So ari ni aku nak namakan gadget aku yang pertama Muyandroid.(cara nama ni pun aku tiru gak, takper di member aku).
Si Muyandroid ni sebenarnya aku nyer Android smart phone dari HTC(HTC tattoo). Kalau korang tau HTC tattoo ni phone android yang paling murah masa aku beli dulu la. Aku malas nak citer pnajang lebar pasal android ni korang bleh tanya Mr G akalu nak tau. Tapi aku rase saper yang macam Geek sket mesti dah tau benda ni.
Kesimpulannya, phone ni agak ok untuk digunakan dengan function yang pelbagai. Kalau korang ader account 3G, memang best jugak la phone ni. Cumer mungkin tak sehebat maner bagi diorang yang kaki gadget. kat bawah ni aku nyer overall comment.
Pros: Design yang simple dan tak besar sangat. Fuction yang pelbagai(berbaloi)
Cons: Camera yang tak best sangat, no auto focus and tak shake friendly. Support yang lembab(software upagrade) dari HTC
Picture courtesy of HTC
Kembali sekali lagi
Salam 1 Dunia,
Hah memang aku dah lama sangatlah, tak update blog ni. Sampai domain aku kena hack pon aku tak sedar. Biasalah alasan yang paling munasabah untuk ni adalah sangat sibuk. Aku rase samapai semalam lebih kurang 122 hari aku tak update blog ni. Tak sihat amalan ni untuk blog.
Oklah, ari ni aku nak update sket la apa yang patut. Kalau korang masih ingat lagi, post aku sebelum ni ada menceritakan pasal plan aku tahun ni nak start perniagaan pertanian Organic, masih tertangguh. Kenapa? sebab tak dapat tanah lagi. Tapi sebenarnya, kalau nak memang seribu daya, aku boleh je sewa tanah dan start dulu. So jawapan sebenarnya aku dapat rezeki lain yang sedang diusahakan sekarang.
Kisahnya bermula bila aku dan wife menghantar cake untuk dijual di sebuah wilayah yang terkenal. Hari demi hari, minggu demi minggu, sekali aku dapat tau ader kekosongan di sebuah kafetria dalam salah sebuah bangunan disana. Kitaorang pon cuba nasib, dengan anugerah tuhan kitaorang pon dapat offer. So sampai la ni, wife ngan aku sibuk mengendalikan small kafe kitaorang ni. memang selama ni aku mngidamkan unutk menceburkan diri dalam bidang ni, sekarang dah dapat mula pun, Alhamdulillah.
Aku nak jadikan tempat ni training ground kitaorang sebelum kitaorang nak plan melangkah lebih jauh lagi. Oklah itu pasal Business, nanti aku cerita lebih detail lagi. Pasal benda lain apa nak cakap eh? Ok hobby aku yang aku rase aku tak pernah citer lagi pasal audia Video (AV).
Sejak tahun lepas lagi aku ader pelan-pelan build aku nyer Home Theater Personal Computer(HTPC) sendiri. Setakat ni aku nyer progress dalam 93% lah. Aku pon ader baru angkat surround system Yamaha YHT-S300 yang aku combine dengan HTPC aku. System ni sangat compact, dan menggunakan teknologi Air Surround Xtreme untuk simulate the surround sound. Aku akan update kan lagi pasal ni ngan gambar sekali.
Lain-lain, minat aku unutk gadget tak pernah luntur, sekarang ni tengah usha-usha Ipad gak, member baik aku sorang dah sapu, tak menyempat aku ank test lagi. tengoklah kalau ader rezeki ader lah benda tuh kat tangan aku. kalu ikut wishlist aku, memang banyak benda aku nak sapu, aha.
So setakat ni jelah yang boleh aku update buat masa ni. tu pon aku curik sket masa kat office ni.ha ha ha Salam.

