Posts Tagged ‘Bendi’
Edible Garden Vs Projek Percubaan Cili
Salam semua, dah lama aku tak dapat update blog ni kerana sibuk dengan perkara-perkara lain. Perkembangan pokok cili aku dan edible graden juga dah banyak perkembangannya, cuma tak sempat nak diupdatekan je lagi. kali ni aku nak updatekan dua-dua sekali gus dalam satu post(selaGi aku ader masa nak update ni). Ok kita cerita pasal edible garden dulu. Alhamdullilah, aku berpuas hati dengan pokok-pokok di edible agrden aku ni, walaupon tak semua yang berjaya membesar, aku tetap berpuas hati. Sistem pengairan automatik juga telah beroperasi sepnuhnya dan berjalan lancar. Cuma pada awalnya ader sedikit kesilapan teknikal dimana menyebabkan air baja terus di siram selama lebih 12 jam. habis satu tong baja 200l habis dalam masa satu hari je.
Antara pokok-pokok yang berjaya berkembang dengan baiknya adalah majoritinya pokok sayur buah seperti Kacang Panjang, Petola, Timun, bendi, terung dan tomato. Manakala sayuran daun seperti sawi, bayam, salad dan kobis tak menjadi pulak. Tak sempat lagi aku nak buat failure analysis keatasnya lagi. Orang kata sayur camni lagi senang nak tanam, entahlah. Berikut adalah gambar-gambar pokok yang telah membesar dalam edible garden aku.

timun

petola

Kacang panjang

bendi

terung

tomato
Kesemua pokok yang diatas adalah berumur diantara 35-40 hari dari tarikh semai. Untuk pokok memanjat, aku dapati daun-daun lama dibawah menjadi layu, kering dan mati. Aku tak pasti sama ada fenomena ini biasa ataupon pokok aku ada masalah. Walaubagaimanpon daun-daun lain kelihat hijau dan segar. Unutk baja aku gunakan baja kimia A dan B menggunakan formula cili. Aku faham pokok tertentu mempunyai formulanya sendiri tetapi dalam keadaan ini aku rase boleh aje nak guna formula cili(pendapat peribadi).
Ok sekarang unutk bab pokok cili aku plak di tapak percubaan belakang rumah mertua aku, biah cili telah pon keluar dengan banyaknya. kalau nak diikutkan sebelum itu, bunga yang keluar memang banyak sekali, tetapi yang sangkut sampai menjadi buah tidak semua. Tambahan lagi pokok ader mempunyai penyakit daun krekot. Aku berpendapat punca pokok cili aku mempunyai penyaki ini adalah kerana pembawaan dari anak benih lagi. kalau nak ditengok balek sejarah pokok cili aku ni, pada ketika anak benih ada mempunyai masalah pertumbuhan sedikit. Ianya berpunca dari kesilapan aku meletak semaian di kawasan sangat redup dan hanya memindahkannya dimasa yang sudah terlewat(boleh semak balek post-post yang lama). Satu daripada pokok yang berdaun kerekot telah aku cantas daunnya dan aku nak lihat apa yangterjadi kemudian.
Walaubagaimanapon, sekarang ni ia tetap mengasilkan buah yang banyak, dan tak lama lagi bolehlah kami sekeluarga nak rasa cili 568 buat kali pertama dari kebun sendiri. satu lagi perkara yang telah buat adalah aku telah berjayamenyesaikan masalah ph baja aku yang sangat rendah. Akhirnya aku telah berjaya mendapat hydated lime atau Calcium Hydroxide(COH2) di kedai Ace Hardware. Hydrtaed lime aku dapat ni adalah jenis grade pertanian yang dikeluarkan oleh syarikat serbajadi. pada mulanya air baja yang guna sekarang mempunyai nilai Ph lebih kurang 3.5 untuk nilai EC 2.45. Jadi apa yang aku buat daripada panduan otai-otai pertanian, aku bancuh hydarated lime tersebut dengan bancuhan 10g/1 liter, aku dapatkan stok air kapur ni sebanyak 10 liter. Aku canpurkan dalam air baja aku, dan akhirnya aku dapat bacaan PH 5.9 dan EC 2.3 selepas dicampurkan. Jadi unutk pada masa akan datang aku akan lebih bersedia lagi. Walaubagaimanapon kita harus faham nilai PH yang betul unutk air baja bukan bermakna pokok dapat serap baja dengan betul, kita juga harus pastikan media dalam polibag juga mempunyai bacaan yang betul dan aktiviti inilah yang akan aku lakukan kemudian. Aku rase samapai sini dulu update aku kali ni dan berikiut adalah gambar-gambar yang aku sempat amek

pokok cili terkini

Cili berbuah

daun kerekot

pokok yang ader daun kerekot setelah dicantas

ni je serangga yang aku jumpa
Edible Garden: Tanaman sudah bermula
Ok hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua apa yang dah aku mulakan dalam green house yang bina tempoh hari. mengikut plan aku tanaman yang akan aku tanam dalam squarefott garden aku adalah seperti berikut.

Kesemuanya telah pon aku semai, walau bagaimanapon tidak semua yang bercambah. Semasa aku semai tempoh hari, aku gunakan cara yang sama akusemai benih cili. Daripada kesemua tanaman diatas cuma Timun, Kacang panjang, petola, bendi, kobis dan lobak sahaja yang dah bercambah. Disini aku serta kan sekali gambar-gambar pokok yang telah bercambah.

Pokok Timun

Pokok Petola

Pokok Kacang Panjang

Pokok bendi

Kobis Bunga

Pokok Terung
Ini pula dalah gambar tapak squarefoot garden yang terkini. Aku telah pon siap memasang sistem pengairan untuk rumah hijau ni, cuma belum lagi dimulakan kan lagi. Buat masa sekarang siraman masih lagi secara manual.

Selain daripada itu kalau dilihat pada keseluruhan rumah hijau aku ni(boleh lihat gambar pada post yang lepas) terdapat juga bahagian polibag dimana aku bercadang unutk menanam tomato. Benih tomato juga telah pun disemai dan dalam proses membesar.

Pokok Tomato
Selain dari itu aku ader juga menyediakan ruang kecil untuk aku menanam pelbagai pokok-pokok kecil yang lain yang mana setakat belum ade lagi kecuali pokok daun Kesom yang dicucuk oleh Ibu aku tempoh hari. Nampaknya pokok tu dah mula nak tumbuh daun baru.

Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi
Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.
Projek Percubaan Cili Hari ke – 29
Selepas 29 hari menyemai benih cili, aku boleh katakan bahawa peratus kejayaan aku dalam projek percubaan cili ni adalah hanya 10%. Ini hanya berdasarkan jumlah anak pokok yang tinggal sekarang dan perkembangan anak pokok teresebut. Walaubagaimanpon aku tetap akan teruskan proses seterusnya unutk pokok yang boleh hidup lagi. Di samping itu juga aku akan terus sub-projek aku yang diringi oleh anak aku dalam penanaman Jagung, Bendi dan Timun Jepun.
Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah dalam tanaman cili ni memang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi serta langkah-langkah yang khusus supaya ia berjaya dari masa semaian, berbunga dan berbuah. Bagi aku yang baru menempuh period semaian sahaja telah menghadapi pelbagai cabaran. Tapi takpa ni semua pengajaran bagi aku, benda ni belum berakhir pon. Selepas ni akan aku semai lagi satu batch biji benih.
Sebelum ni aku pernah terbaca tentang sesorang yang gagal kerana dia tidak mengikut contoh seorang yang telah berjaya 100%. Sekarang baru sedar, bukannya tak boleh nak jadi inovatif, tapi bagi seorang yang baru hendak bermula aku rase cara yang terbaik adalah mencotohi orang yang telah berjaya. Aku rasa orang yang pernah dengar ceramah MLM mesti ader dengar benda ni gak he he he. Aku pulak dah tau benda ni pon tak ambik pengajaran, masih lagi lakukan kesilapan, inilah manusia he he he. Tapi kira ok gak lah(nak sedapkan hati) sebab aku ubah-ubah bahan pon sebab aku tak jumpa barang-barang sebetulnya. Tapi apa yang telah berlaku sekarang buat aku lebih tercabar lagi untuk berjaya dalam pertanian, ntahlah sebelum ni takde rase camni, aku rase macam dah terjumpa sesuatu yang aku betul-betul nak buat dalam hidup.
So lepas ni nantikan update tentang tanaman lain(bersama anak aku), semaian baru cili dan juga perkembangan cili yang masih survive. Tak lupa pada RPH aku. Dan dua lagi projek yang nak kau buat experimen(nanti aku cakapkan).
Percubaan Tanaman Lain
Semalam, aku sempat pergi ke Ladang En Marzuki untuk membeli Cocopeat , Sekam bakar dan Hollan Peat cukup untuk keperluan projek-projek experimen aku. Penuh kete aku ngan guni, kesian anak aku yang kecik sekali tu, aku rasa pengudaraan dalam kereta pon macam berabok je. Sekarang ni bahan-bahan yang lengkap untuk semaian aku dah ada, jadi kali kedua bila nak semaian nanti kena buat betul betul la. Sepatutnya hari aku dapat semua perlatan dan barang-barang keperluan tani aku sampai dirumah. Tak taulah dah sampai ke belum ni.
Semalam jugak aku round-raound dengan family untuk mecari keperluan rumah baru aku pulak, sambil-sambil jalan-jalan tuh, anak aku yang sulong tu asyik tanya aku je, bile nak tanam jagung? So pada hari tu aku ternampak ader satu kedai hardware ada jual biji benih jagung. Dari pack dia ada tulis benih F1. aku tak taulah betul ke tak, harga dia RM5. Aku rasa dengan tangan kat dalam je macam ader 5-6 biji benih je, kalam camtu kira macam mahal gak. Akhirnya aku pon terbeli benih Jagung, Benih timun jepun dan dan benih bendi.
Aku dapat tahu biji benih datang dari sebuah company di singapura Horti-Flora. So selapas ni aku akan cuba semai tanaman-tanamam ini untuk memvariasikan lagi kebun kecil aku. proses-proses ni akan aku update kan dalam blog ni kemudian.





