Edible Garden Vs Projek Percubaan Cili
Salam semua, dah lama aku tak dapat update blog ni kerana sibuk dengan perkara-perkara lain. Perkembangan pokok cili aku dan edible graden juga dah banyak perkembangannya, cuma tak sempat nak diupdatekan je lagi. kali ni aku nak updatekan dua-dua sekali gus dalam satu post(selaGi aku ader masa nak update ni). Ok kita cerita pasal edible garden dulu. Alhamdullilah, aku berpuas hati dengan pokok-pokok di edible agrden aku ni, walaupon tak semua yang berjaya membesar, aku tetap berpuas hati. Sistem pengairan automatik juga telah beroperasi sepnuhnya dan berjalan lancar. Cuma pada awalnya ader sedikit kesilapan teknikal dimana menyebabkan air baja terus di siram selama lebih 12 jam. habis satu tong baja 200l habis dalam masa satu hari je.
Antara pokok-pokok yang berjaya berkembang dengan baiknya adalah majoritinya pokok sayur buah seperti Kacang Panjang, Petola, Timun, bendi, terung dan tomato. Manakala sayuran daun seperti sawi, bayam, salad dan kobis tak menjadi pulak. Tak sempat lagi aku nak buat failure analysis keatasnya lagi. Orang kata sayur camni lagi senang nak tanam, entahlah. Berikut adalah gambar-gambar pokok yang telah membesar dalam edible garden aku.

timun

petola

Kacang panjang

bendi

terung

tomato
Kesemua pokok yang diatas adalah berumur diantara 35-40 hari dari tarikh semai. Untuk pokok memanjat, aku dapati daun-daun lama dibawah menjadi layu, kering dan mati. Aku tak pasti sama ada fenomena ini biasa ataupon pokok aku ada masalah. Walaubagaimanpon daun-daun lain kelihat hijau dan segar. Unutk baja aku gunakan baja kimia A dan B menggunakan formula cili. Aku faham pokok tertentu mempunyai formulanya sendiri tetapi dalam keadaan ini aku rase boleh aje nak guna formula cili(pendapat peribadi).
Ok sekarang unutk bab pokok cili aku plak di tapak percubaan belakang rumah mertua aku, biah cili telah pon keluar dengan banyaknya. kalau nak diikutkan sebelum itu, bunga yang keluar memang banyak sekali, tetapi yang sangkut sampai menjadi buah tidak semua. Tambahan lagi pokok ader mempunyai penyakit daun krekot. Aku berpendapat punca pokok cili aku mempunyai penyaki ini adalah kerana pembawaan dari anak benih lagi. kalau nak ditengok balek sejarah pokok cili aku ni, pada ketika anak benih ada mempunyai masalah pertumbuhan sedikit. Ianya berpunca dari kesilapan aku meletak semaian di kawasan sangat redup dan hanya memindahkannya dimasa yang sudah terlewat(boleh semak balek post-post yang lama). Satu daripada pokok yang berdaun kerekot telah aku cantas daunnya dan aku nak lihat apa yangterjadi kemudian.
Walaubagaimanapon, sekarang ni ia tetap mengasilkan buah yang banyak, dan tak lama lagi bolehlah kami sekeluarga nak rasa cili 568 buat kali pertama dari kebun sendiri. satu lagi perkara yang telah buat adalah aku telah berjayamenyesaikan masalah ph baja aku yang sangat rendah. Akhirnya aku telah berjaya mendapat hydated lime atau Calcium Hydroxide(COH2) di kedai Ace Hardware. Hydrtaed lime aku dapat ni adalah jenis grade pertanian yang dikeluarkan oleh syarikat serbajadi. pada mulanya air baja yang guna sekarang mempunyai nilai Ph lebih kurang 3.5 untuk nilai EC 2.45. Jadi apa yang aku buat daripada panduan otai-otai pertanian, aku bancuh hydarated lime tersebut dengan bancuhan 10g/1 liter, aku dapatkan stok air kapur ni sebanyak 10 liter. Aku canpurkan dalam air baja aku, dan akhirnya aku dapat bacaan PH 5.9 dan EC 2.3 selepas dicampurkan. Jadi unutk pada masa akan datang aku akan lebih bersedia lagi. Walaubagaimanapon kita harus faham nilai PH yang betul unutk air baja bukan bermakna pokok dapat serap baja dengan betul, kita juga harus pastikan media dalam polibag juga mempunyai bacaan yang betul dan aktiviti inilah yang akan aku lakukan kemudian. Aku rase samapai sini dulu update aku kali ni dan berikiut adalah gambar-gambar yang aku sempat amek

pokok cili terkini

Cili berbuah

daun kerekot

pokok yang ader daun kerekot setelah dicantas

ni je serangga yang aku jumpa
Set Baja Fertigasi A B
Walaupon dah lama ada kat stor benda baru hari aku bukak. Sekali aku bukak set baja yang aku dapat dari En Apai ni, takde label la plak yang mana satu A dan yang mana satu B. Aku pon terus sms En apai untuk kepastian. Lepas aku dah confirm aku pon cari mana bekas-bekas yang tak pakai kat keliling rumah. Last sekali aku jumpa dua baldi ni. Aku pon pakai baldi buat bancuh dan simpan baja AB yang pekat
Yang ni plak anak aku amek gambar lepas tolong aku bancuh baja ni..
Selepas aku bancuh baja, aku pon nak lah cuba EC meter yang aku dah beli tempoh hari. Aku ada baca di internet ada bacaan tertentu jika kita hendak bancuh baja pekat AB ni. Kalau tak silap aku bacaan baja A mestilah dalam 17.xx dan baja B lebih kurang 1. Tapi yang masalh ni bila aku try buat bacaan, apa yang aku perhatikan bacaannya semakin lama semakin naik dan tidak henti dan terus ke nilai paling maximum. Aku pun mula cuak gak , takut EC meter aku rosak ke? Aku test plak kat dalam air. Nampak cam ok, meter aku bagi bacaan yang tetap. HHmmm….so aku ingat nak tanye lah kat member-member dalam internet pasal benda ni.
Lagi satu yang aku rasa macam lain sikit adalah warna larutan baja ni. Persan aku aku pernah tengok dalam internet orang tunjuk baja dia macam warna puih mcam susu bila dah bancuh. Entahlah agaknya orangtu ada letak bahan lain agaknya. Walaucamnepon unutk maklumat am Baja AB ni terdiri daripada unusur unsur kimia jenis garam ynag menjadi makanan kepada tumbuhan. Untuk Baja A ia juga dinamakan makro nutrient manakala baja B pula dinamakan Mikro nutrient. So disini aku listkan apa unsur-unsur yang terdapat dalam baja AB ni untuk informasi semua.
Set A
Calcium Nitrate
Iron Chelate
SET B
Potassium Nitrate
MKP
Magnesium Sulfate
Manganese Chelate
Hibor
Zink Chelate
Copper Chelate
Ammonium Molybdate


