Set Baja Fertigasi A B
Walaupon dah lama ada kat stor benda baru hari aku bukak. Sekali aku bukak set baja yang aku dapat dari En Apai ni, takde label la plak yang mana satu A dan yang mana satu B. Aku pon terus sms En apai untuk kepastian. Lepas aku dah confirm aku pon cari mana bekas-bekas yang tak pakai kat keliling rumah. Last sekali aku jumpa dua baldi ni. Aku pon pakai baldi buat bancuh dan simpan baja AB yang pekat
Yang ni plak anak aku amek gambar lepas tolong aku bancuh baja ni..
Selepas aku bancuh baja, aku pon nak lah cuba EC meter yang aku dah beli tempoh hari. Aku ada baca di internet ada bacaan tertentu jika kita hendak bancuh baja pekat AB ni. Kalau tak silap aku bacaan baja A mestilah dalam 17.xx dan baja B lebih kurang 1. Tapi yang masalh ni bila aku try buat bacaan, apa yang aku perhatikan bacaannya semakin lama semakin naik dan tidak henti dan terus ke nilai paling maximum. Aku pun mula cuak gak , takut EC meter aku rosak ke? Aku test plak kat dalam air. Nampak cam ok, meter aku bagi bacaan yang tetap. HHmmm….so aku ingat nak tanye lah kat member-member dalam internet pasal benda ni.
Lagi satu yang aku rasa macam lain sikit adalah warna larutan baja ni. Persan aku aku pernah tengok dalam internet orang tunjuk baja dia macam warna puih mcam susu bila dah bancuh. Entahlah agaknya orangtu ada letak bahan lain agaknya. Walaucamnepon unutk maklumat am Baja AB ni terdiri daripada unusur unsur kimia jenis garam ynag menjadi makanan kepada tumbuhan. Untuk Baja A ia juga dinamakan makro nutrient manakala baja B pula dinamakan Mikro nutrient. So disini aku listkan apa unsur-unsur yang terdapat dalam baja AB ni untuk informasi semua.
Set A
Calcium Nitrate
Iron Chelate
SET B
Potassium Nitrate
MKP
Magnesium Sulfate
Manganese Chelate
Hibor
Zink Chelate
Copper Chelate
Ammonium Molybdate
5 comments



Salam,
Pd kengkwn semua, berjaga-jaga dgn baja yg anda beli. Jgn beli baja dr “CHINA”. Dptkan brg dr England @ Jerman. Brg dr China mmg murah tp hasil teruk… Sepanjang pengetahuan saya, kita tak sukat EC pada pati baja. Kita sukat setelah di dilute dlm tangki baja. Maksimum EC utk cili yg biasa digunakan adalah max 2.5 EC (utk pokok yg matang).
Formula stok baja adalah berbeza mengikut guru. Mengikut guru saya dr Cameroon Highland (En. Mustaffa) Stok A = CaNO3, KNO3, FE(EDTA), Amonia nitrat… Stok B= KNO3, MKP, MgSO4, Mg, Zn, Boron, Cu, Amm.
Jika kengkwn ader sebarang pertanyaan boleh lah ajukan ke adamagro@yahoo.com. Insya Allah, saya akan membantu selagi mampu.
[Reply]
Salam,
Berhati-hati dgn baja dari “CHINA”. MMg murah, tp hampeh. Dptkan brg dr England @ Jerman. Setahu saya, kita sukat EC setelah stok A & B di dilute dlm air (bkn pd stok pati). Max EC utk pokok matang adalah 2.5 EC.
TTg stok saudara pula, no komen. Lain sifu, lain formula. Mcm saya (sifunya En. Mustaffa-Cameroon Hland))mengunakan sehingga 12 jenis. Stok A = 4, Stok B= 8.
Jika ada sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut, bolehlah e-mai pd saya @ adamagro@yahoo.com. Bolehlah kita bertukar buah fikiran. Insya Allah saya akan menolong mana yg termampu.
[Reply]
Salam Adam,
Terima kasih atas peringatan yang anda berikan, aku ni baru je dalam dunia fertigasi, belum lagi sampai tahap timbang sendiri unsur baja, mungkin pada akan datang. Pasal bacaan EC tu sebelum ni aku ada terbaca pasal ukuran A&B pekat unutk yang confuse tu . Tai semua dah terjawab
[Reply]
Salam,
Jika kwn2 buat secara komersil, elok lah belajar timbang unsur. Tp kena beli timbang digital n Kg. BUkan aper, pakai baja yg dah siap ni kompom, mahal lagi kosnya. Sama2 lah kita timba ilmu. Cari lah kengkwn yg tidak kedekut ilmu. Insya Allah, kita akan berjaya.
[Reply]
En Adam,
Klu baja A 25kg dan B 25kg optimum air berapa liter dan berapa bacaan ECnya. Biasanya dalam guni baja tu terdapat serbuk perang kekuningan itu dipanggil ape yek dan mcm mana sukatannya?
[Reply]