Semaian Benih Cili
Hari tiba masa untuk aku mulakan semaian bijih benih(aku guna benih cili Kulai 568 F1 yang aku dapat) aku dengan menggunakan kaedah semaian A. Jadi sebelum itu mari aku terangkan dulu apa yang aku maksudkan untuk kaedah semaian A ini. Kaedah ini aku dapat dari Forum yang membincangkan pasal pertanian
Kaedah semaian A
1. Rendam Biji benih dalam air selama 8 jam.
2. Toskan benih dan taburkan diatas kertas A4 .
3. Lipat kan kertas A4 tadi berserta benih dan masukkan ke dalam plastik. Tiupkam plastik tersebut dan ikat(biarkan kembung). Biarkan selama 24 jam.
4. Keluarkan benih dan semburkan racun.(Aku akan ubah guna EMAS)
5. Semai sedalam 0.5 cm dalam peat moss.
6. Siram air pagi dan petang.
7. Setiap tujuh hari sembur dengan racun kulat(guna separuh sukatan)
8. Selepas 14 hari siran baja AB pagi dan petang.
9. Selepas 21 hari, jemur anak pokok ke matahari pagi setiap hari dari 8 hingga 11 pagi.
10. Selepas 25 hari atau lebih sudah boleh pindah ke polibag.
Jadi aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara 7th dragon untuk maklumat ini.
Sebenarnya aku takkan ikut 100% kaedah ini sebab aku nak cuba lain sikit. Kalau dalam kaedah ni dia guna sikit racun sebelum masukkan benih dalam peat moss, aku nak rendam dalam EM sebelum masukkan. Lagi satu yang aku rasa aku nak buat yang takda cakap dalam kaedah tadi adalah menutup tray semaian dengan plastik hitam selama 5 hari. Gambar akan aku updatekan sedikit demi sedikit dalam post ini.
0 comments
Trackbacks/Pingbacks
- Selesai semaian Benih Cili | Grow'em Up - [...] aku mulakan dengan dua kaedah dalam semaian benih iaitu Kaedah A dan Kaedah B, pada pagi ni aku bergegas ...
- Projek Percubaan Cili Hari ke - 13 | Grow'em Up - [...] membesar. Daripada dua kumpulan biji semaian yang aku cuba, ternyata benih-benih dari kumpulan Kaedah A mempunyai peratus cambahan yang ...
- Green Patrol: Racun Organik | Grow'em Up - [...] ini plak perbezaan yangan aku cakap diantara dua kaedah semaian A dan B Pokok Dari Kaedah A Pokok dari ...
- 1001 cerita…. | Grow'em Up - [...] Untuk orang yang baru baca blog ni, secara ringkasnya dulu aku ader semai pokok cili 568 dengan dua cara ...




