rss search

Projek Percubaan Cili Round 2 ….Fight

line

Aku nak update kan projek cili aku yang kali kedua ni. Segala kaedah diulang kembali, tapi kali ni aku dapat gunakan bahan-bahan yang sepatutnya seperti peat most, racun kulat dan sebagainya. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak updatekan sikit tentang RPH, siphon effect aku dan pokok-pokok yang lain. Alhamdullilah semuanya ok , RPH aku selamat dibina semula, cuma nak diperkuatkan lagi, al maklumlah, agak tergesa-gesa aku repair RPH aku tuh.

dsc00428

Pokok-pokok aku yang lain, semuanya habis kecuali Jagung. Tanaman jagung aku dah nak mula keluar bunga.

dsc00427

Pasal siphon effect tu, tak sempat aku nak test. last sekali aku dapat info dari Romatech Agro untuk masalah ni. Lagi pon aku dah nak plan guna tank besar dan akan diletakkan ditempat sesuai dimana ianya sama level dengan pokok.. Ok berbalik pada projek cili aku, aku dah selesai penyediaan benih dan semai diatas tray. Sekarang ni benih dah mula bercambah dan nampaknya kali ni cepat plak. Bolehlah tengok gambar-gambar yang sempat aku amek, tapi gambar benih yang dah cmbah tak sempat aku nak amek lagi.

selepas rendam dan dimasukkan dalam plastik yang ditiup

selepas rendam dan dimasukkan dalam plastik yang ditiup

benih dalam tray

benih dalam tray

dsc00422

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

Leave a Reply