rss search

Projek Percubaan Cili Hari ke – 29

line

Selepas 29 hari menyemai benih cili, aku boleh katakan bahawa peratus kejayaan aku dalam projek percubaan cili ni adalah hanya 10%. Ini hanya berdasarkan jumlah anak pokok yang tinggal sekarang dan perkembangan anak pokok teresebut. Walaubagaimanpon aku tetap akan teruskan proses seterusnya unutk pokok yang boleh hidup lagi. Di samping itu juga aku akan terus sub-projek aku yang diringi oleh anak aku dalam penanaman Jagung, Bendi dan Timun Jepun.

Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah dalam tanaman cili ni memang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi serta langkah-langkah yang khusus supaya ia berjaya dari masa semaian, berbunga dan berbuah. Bagi aku yang baru menempuh period semaian sahaja telah menghadapi pelbagai cabaran. Tapi takpa ni semua pengajaran bagi aku, benda ni belum berakhir pon. Selepas ni akan aku semai lagi satu batch biji benih.

Sebelum ni aku pernah terbaca tentang sesorang yang gagal kerana dia tidak mengikut contoh seorang yang telah berjaya 100%. Sekarang baru sedar, bukannya tak boleh nak jadi inovatif, tapi bagi seorang yang baru hendak bermula aku rase cara yang terbaik adalah mencotohi orang yang telah berjaya. Aku rasa orang yang pernah dengar ceramah MLM mesti ader dengar benda ni gak he he he. Aku pulak dah tau benda ni pon tak ambik pengajaran, masih lagi lakukan kesilapan, inilah manusia he he he. Tapi kira ok gak lah(nak sedapkan hati) sebab aku ubah-ubah bahan pon sebab aku tak jumpa barang-barang sebetulnya. Tapi apa yang telah berlaku sekarang buat aku lebih tercabar lagi untuk berjaya dalam pertanian, ntahlah sebelum ni takde rase camni, aku rase macam dah terjumpa sesuatu yang aku betul-betul nak buat dalam hidup.

So lepas ni nantikan update tentang tanaman lain(bersama anak aku), semaian baru cili dan juga perkembangan cili yang masih survive. Tak lupa pada RPH aku. Dan dua lagi projek yang nak kau buat experimen(nanti aku cakapkan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

4 comments

line
  1. Hamani

    aku ingin tahu mcm mna pokok timun jepun tu aku sblum ni tidak pernah melihatnya
    aku ingin tahu bagai mna pokoknya
    krana aku baru semai 7 benis pokok timun jepun itu ,
    adaakah untuk saya nenjaganya

    [Reply]

    line
  2. Yazed Jamal

    @Hamani,

    Aku pon 1st time tanam pokok timun jepun ni, sekarang ni pon baru tumbuh dua helai daun, nanti kalau ader gambar yang lebih jelas nanti aku poskan.

    [Reply]

    line
  3. Hamani

    mcm mna plk rupa buah tmun tu ek
    dia bkm mcm timun biasa kn
    sdap ka rsa dia ni
    timun tu bleh buat jual ka

    [Reply]

    line
  4. Yazed Jamal

    @Hamani,

    Kalau buah dia ader gamabr aku post dalam posting lama
    http://grow.em-up.com/percubaan-tanaman-lain.htm

    Rase dia memang sedap tapi dari segi pasaran tak berapa tinggi permintaannya, kalau restoren mungkin ader sikit.

    [Reply]

    line

Leave a Reply