rss search

Projek Percubaan Cili Hari ke – 13

line

Hari ni genap hari ke 13 selapas aku mula semai biji benih dalam tray. Alhamdulillah walaupon tak semua bijih benih yang aku semai tumbuh, aku tetap berpuas hati dan besyukur sebab masih ader lagi yang terus membesar. Daripada dua kumpulan biji semaian yang aku cuba, ternyata benih-benih dari kumpulan Kaedah A mempunyai peratus cambahan yang lebih besar berbanding dari Kaedah B. Walau macam mane pon, seperti yang aku dah cakap sebelum ni pada pandangan aku benih aku ni mempunyai pertumbuhan yang agak perlahan sedikit. Ini adalah dari pemerhatian dan rujukan aku dari sumber-sumber di internet. Perkara ini mungkin perkara biasa dan mungkin tidak.

Mungkin ada bebrapa perkara yang aku tak beritahu sebelum ni, yang mungkin menjadi antara penyebab perkara ini. Di antaranya..

  1. Benih yang aku dapat aku terpaksa simpan didalam peti ais agak lama sebab penundaan permualaan projek.
  2. Aku tidak dapat mencari Hollan peat/Peat moss yang sebenar seperti yang dianjurkan. aku cuma dapat beli media semaian yang dibuat sendiri oleh tokey kedai nursery tu dan aku pon tak tau isi kandungan media tersebut.

Walau apa pon aku kena teruskan usaha murni aku ni, mungkin untuk pusingan kedua kelak benda-benda seperti ni dapat aku elakkan.  Besok genap 14 hari semaian, aku akan mulakan aktiviti meracun dan siraman baja AB keatas anak benih dengan sukatan separuh. Racun kulat yang aku dapat beli adalah Thiram. kalau ikut panduan sebenar disarankan supaya lepas 7 hari dah start racun, tapi aku buat lambat sikitla.

Selain dari itu, aku jugak dah buat keputusan nak buat rumah pelindung hujan dari pipe PVC untuk projek percubaan aku ni. Memandangkan ramai yang dah tahu kebaikkan dan keburukan Rumah Hujan ni aku takkan buat eksperimen dalam penggunaannya. Aku akan sertakan pelan rumah pelindung hujan serta bahan-bahan yang diperlukan serta kosnya sekali didalam blog ini kemudian.

Dari segi penggunaan baja tambahan, aku aku laksanakan satu eksperimen dengan penggunaan baja Zeolite aka baja Gunung berapi. Aku perhatikan, banyak lagi yang masih kabur-kabur tentang kebaikkan dan keburukan bajani, jadi aku plak nak cuba. Itu saja update projek aku pada masa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

Leave a Reply