rss search

Projek Cili kembali

line

Salam semua, hampir berapa lama aku pon tak kira aku tak buat posting kat blog ni. Dengan sibuk perpindahan rumah dan baru saje semalam rumah baru aku ader internet, membuat kan aku tak dapat nak update apa perkembangan terbaru.

Walau camne pon, banyak progress yang aku dapat selesaikan seperti RPH aku. Setelah mengalami bencana, akhirnya aku berjaya unutk mendirikan semula RPH aku. Disamping itu aku dapat idea baru camne nak buat RPH aku ni secara hobilah.

Selain dari itu perkembangan pokok aku, pokok jagung masih maintain walaupon dah lama gila tak letak baja pon. Pokok timun jepun aku plak mula-mula kekuningan(kurang baja) pastu jadi togel plak, tinggal satu batang je. Aku rase kena makan dek tupailah. Pokok cili masih lagi version mini. Kesimpulannya semua aku cabut dan nak buat baru. Sekarang ni tapak belakang rumah mak mertua aku ni aku nak tumpukan cili sahaja. Lain-lain sayuran dan pokok, aku akan buat kat tapak baru di belakang rumah aku plak.(he he dah duduk rumah teres ni).

Gambar-gambar akan aku update kemudian. Benih cili baru aku dah beli dan aku akan mulakan fasa baru projek cili aku. Bermacam-macam projek dalam kepala, tapi yang penting selesaikan satu persatu. Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

Leave a Reply