Pra Projek Fertigasi percubaan
Setelah lebih kurang seminggu lebih jugakla, aku tunggu kedatangan parcel set percubaan fertigasi akhirnya sampai jugak ke rumah(rumah mak mertua aku sebenarnya). Walaumacammana pun cuma hari ini sahaja yang aku ade masa untuk tengok isi kandungannya. Semuanya dalam keadaan baik, cuma aku belum test lagi barangan seperti pam dan timer, harap semua oklah.

Set percubaan aku dapatkan dari saudara Apai dari blog Agro Fast Forward. Blog saudara apai ni antara blog yang terawal aku baca dalam mencari info mengenai pertanian fertigasi ini. Jadi sekarang semua barang aku dah dapat. Cuma aku nantikan masa yang sesuai unutk aku mulakan projek aku ni. Kalau mengikut planning aku, aku akan cuba supaya benih dapat aku masukkan dalam tray semaian pada hari Sabtu depan. Jadi aku akan buat persiapan untuk benih cili yang aku dapat pada minggu depan. Ader beberapa kaedah semaian yang aku dapat cari, jadi aku cuba bebrapa kaedah dalam satu masa supaya boleh aku buat perbandingan. Aku akan postkan kaedahnya nanti. Buat masa ni aku nak buat planning sikit. Harap-harap semua nya menjadi , doakan aku Amin…..
