rss search

Potret Typographic

line

Salam….

Ok hari ni aku nak tulis tutorial pasal Potret typography. Tak pernah dengar? Takpe, tapi kalau korang tengok hasil contoh dibawah ni mesti ko pernah tengok dalam majalah ke hapa. Tutorial ni aku ikut base on website 10 Steps. Tetapi seperti biasa aku akan execute guna GIMP.

typography

Langkah 1

Cari satu gambar potret yang korang ade unutk digunakan dalam tutorial ni. Dalam kes ni aku gunakan gambar anak aku, nama dia, Muhammad Rizq Ariff.

Langkah 2

Crop kan sikit gambar korang(bergantung kepada gambar masing-masing) supaya muka tu muat penuh dalam frame.

crop

Langkah 3

Lepas tu kita nak buangkan background yang ada. Disini aku guna Free Select Tool untuk select kawasan yang nak aku delete. Selepas delete, tambahkan satu lagi layer dengan melatarbelakang warna putih. Pastikanlayer putih tu berada di belakang layer potret tadi. Lepas itu jadikan gambar tersebut hitam putih. Ada beberapa kaedah untuk menjadikan gambar hitam putih. Yang paling mudah adalah dengan menggunakan tool desaturate. Pergi ke menu Color>>Desaturate dan gambar korang akan jadi hitam putih.

Kemudian pergi ke Color>>Posterize dan pilih level 4. Sekiranya semua langkah dibuat dengan betul korang akan dapat gambar seperti di bawah

posterize

Langkah 4

Create file baru dengan size yang sama, dengan menggunakan font yang korang suka taip apa saja perkatan yang korang suka. Font korang mestilah berwarna hitam. Pastikan perkataan-perkataan terserbut mempunyai latar belakang transparent. Savekan file baru tu sebagai word.xcf. Lihat contoh seperti dibawah.

WORD

Langkah 5

Sekarang kita nak jadikan perkataan-perkataan ini sebagai pattern untuk Gimp. Sekarang buka fail word.xcf dan resize image tersebut menjadi kecil agak-agak dalam 50px X 50 px.(kalau lagi kecik pon lagi bagus dalam 15×15) Dan pastikan canvas size juga mempunyai saiz yang sama. Boleh pergi ke Image>>Canvas Size untuk berbuat demikian. Dan hasilnya akan menjadi seperti di bawah. Save as kan image tersebut sebagai word.pat ke dalam folder pattern Gimp anda. Sekarang click Windows>>Dockable Diolog>>Patern untuk melihat pattern yang ada. Pada window pattern tersebut click refresh dan perkataan korang akan muncul menjadi salah satu patern dalam pilihan.

WORD1

Langkah 6

Pergi balek ke gambar potret tadi, kalau korang perasan terdapat 3 tone warna yang boleh kita lihat hitam, kelabu terang dan kelabu gelap. Kita mulakan dengan warna hitam dulu. Pilih Select>>ByColor dan click mana-mana bahagian image berwarna hitam seperti dibawah.

select

Create Layer baru yang transparent. Pastikan layer tersebut berada diatas layer potret tadi. Sekarang sembunyikan layer potret dan korang akan dapat gambar sperti dibawah.

select1

Langkah 7

Sekarang pergi ke word.xcf . Buat selection pada salah satu perkataan dengan Rectangle Select Tool. Kemudian click edit>>copy. Selepas itu click Windows>>Dockable Diolog>>Brush dan korang dapat lihat perkataan yang kita dah select tadi menjadi salah satu brush pilihan.

select2

Sekarang pilih brush baru tadi dan gunakan tool Brush untuk mengecop perkataan tadi kedalam selection pada layer baru diatas layer potret tadi. Gunakanlah brush dengan saiz yang pelbagai dan ulang step tadi dengan perkataan-perkataan lain. Lihat gambar dibawah unutk contoh

select2

Langkah 8

Lepas ni create satu lagi layer tapi kali ni yang transparent. Letak layer ni dibawah layer cop tadi. Buka diolof patern Windows>>Dialof>>Pattern dan pilih pattern yang kita dah buat tadi. Dengan menggunakan fill bucket tool isikan pattern tadi kedalam selection atas layer baru ini. terhasilah gambar seperti di bawah

select2

Mengikut tutorial yang aku follow ni, dia kata kita kena buat sedikit border unutk menimbulkan sedikit perkataan yang kita dah chop tadi. Dalam Gimp pertama sekali kita kena sembunyikan dulu layer patetern tadi. Pastu clcik layer chop. Gunakan Select>>By Color unutk pilih warna hitam. Sekarang semua perkataan yang dah di cop tadi telah di select. Sekarang Select>>Grow selection tadi dengan size 1px. Lepas tu lakukan Select>>Invert. keluarkan balek layer pattern tadi click pada layer tersebut dan lakukan Layer>>Mask>>Add layer mask. Pilih Selection bila window add layer mask keluar. Sepatutnya korang dapat sedikit perbezaan selaps steps ini(aku cam tak perasan apa pon). Sila lihat hasilnya dibawah. Korang boleh lah try dengan ketebelan lain seperti 2 px dan tengok hasilnya, aku malas nak try.

select2

Langkah 9

Sekarang korang ulanglah langkah 6 hinggalah langkah 8 untuk warnayang berikutnya seperti kelabu terang dan kelabu gelap. Untuk gambar yang lebih menarik korang sebenarnya boleh gunakan kombinasi warna font yang lain. Selamat mencuba. Chow dulu. Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

Leave a Reply