Edible Garden: Tanaman sudah bermula
Ok hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua apa yang dah aku mulakan dalam green house yang bina tempoh hari. mengikut plan aku tanaman yang akan aku tanam dalam squarefott garden aku adalah seperti berikut.

Kesemuanya telah pon aku semai, walau bagaimanapon tidak semua yang bercambah. Semasa aku semai tempoh hari, aku gunakan cara yang sama akusemai benih cili. Daripada kesemua tanaman diatas cuma Timun, Kacang panjang, petola, bendi, kobis dan lobak sahaja yang dah bercambah. Disini aku serta kan sekali gambar-gambar pokok yang telah bercambah.

Pokok Timun

Pokok Petola

Pokok Kacang Panjang

Pokok bendi

Kobis Bunga

Pokok Terung
Ini pula dalah gambar tapak squarefoot garden yang terkini. Aku telah pon siap memasang sistem pengairan untuk rumah hijau ni, cuma belum lagi dimulakan kan lagi. Buat masa sekarang siraman masih lagi secara manual.

Selain daripada itu kalau dilihat pada keseluruhan rumah hijau aku ni(boleh lihat gambar pada post yang lepas) terdapat juga bahagian polibag dimana aku bercadang unutk menanam tomato. Benih tomato juga telah pun disemai dan dalam proses membesar.

Pokok Tomato
Selain dari itu aku ader juga menyediakan ruang kecil untuk aku menanam pelbagai pokok-pokok kecil yang lain yang mana setakat belum ade lagi kecuali pokok daun Kesom yang dicucuk oleh Ibu aku tempoh hari. Nampaknya pokok tu dah mula nak tumbuh daun baru.

2 comments

Hmm, petola and timun memang nampak serupa. I got confused, until yesterday. I actually have 2 petola in polybags, and 2 timun to give away
Both timun and bendi yang saya tanam guna banyak ruang, akar cukup kuat menjalar. Hopefully your square foot gardening provide enough space and works out well!
[Reply]
@ici,
Aku pon first time tengok pokok petola, memang serupa tapi tak sama. Aku pon harap yang sama supaya projek aku ni menjadi. Amin
[Reply]