rss search

next page next page close

Update 2: Projek percubaan Cili Round 2 hari ke 12

Kali ni aku berasa sedikit puas hati dan gembira kerana pokok cili ku akhirnya membesar jugak. Biar aku update kan sikit apa yang telah di lalui. Pada 15/02/2009 yang lalu aku telah pon membuat perpindahan anak-anak benih kedalam polibag. Walaupon pada mulanya aku ragu-ragu kerana anak benih aku baru sahaja tumbuh daun ke-3 dan ke-4 dua hari sebelumnya. Tapi aku tekad dan teruskannya juga.

Alhamdullillah….. nampaknya perkembangan anak cili aku ni nampaknya positif dan aku berharap perkembangan ini berterusan. Namun ader jugak satu dua pokok yang nampak tak ok. Sebelum perpindahan dulu aku telah pon melaksanakan segala kaedah-kaedah yang telah ku pelajari secara teori sebelum ini, seperti spray racun kulat pada pangkal pokok sejurus selepas perpindahan, ini dikatakan dapat memberi pertumbuhan akar yang sihat tanpa gangguan kulat.

Hari ini genap hari ke 12 selepas perpindahan, proses meracun telah pon aku lakukan seminggu yang lepas dan akan aku ulangi pada hujung minggu ni. Cuma satu yang aku masih konpius adalah masa yang paling sesuai untuk aku buang tunas dan ceding dibawah cabang utama.

Antara pokok yang sihat

Antara pokok yang sihat

Anatara pokok yang kurang sihat

Anatara pokok yang kurang sihat

pokok cili ku

pokok cili ku


next page next page close

Update benih Cili Round-2

Hari ni, genap 19 hari semaian untuk cili aku yang kali kedua ni. Kali ni kurang sikit masalah yang aku hadapi, cuma anak benih kali ni yang tumbuh kurus-kurus macam taugeh dan ader juga yang layu dan mati. Mengikut pemerhatian aku mungkin aku siram terlalu banyak air dan terjadinya lecur anak benih atau dipanggil Damping Off. Aku rase diantara sebab musabab nya adalah aku tak gunakan racun kulat semasa merawat benih dan aku juga tak sembur racun kulat selepas tujuh hari semai. Nilah aje apa yang aku dapat simpulkan. Walau bagaimanapon yang lain masih lagi nampaknya boleh hidup dan hari ni aku dah sembur ngan racun kulat. Harap-harap semuanya ok.

Ni masa anak benih berumur 10 hari

Ni masa anak benih berumur 10 hari

Yang ni sama gak

Yang ni sama gak

Yang ni plak saja je aku nak tunjuk gambar jagung aku yang dah berbuah, semua jagung aku dah berbuah dengan dua biji setiap pokok

dsc00453


next page next page close

Projek Percubaan Cili Round 2 ….Fight

Aku nak update kan projek cili aku yang kali kedua ni. Segala kaedah diulang kembali, tapi kali ni aku dapat gunakan bahan-bahan yang sepatutnya seperti peat most, racun kulat dan sebagainya. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak updatekan sikit tentang RPH, siphon effect aku dan pokok-pokok yang lain. Alhamdullilah semuanya ok , RPH aku selamat dibina semula, cuma nak diperkuatkan lagi, al maklumlah, agak tergesa-gesa aku repair RPH aku tuh.

dsc00428

Pokok-pokok aku yang lain, semuanya habis kecuali Jagung. Tanaman jagung aku dah nak mula keluar bunga.

dsc00427

Pasal siphon effect tu, tak sempat aku nak test. last sekali aku dapat info dari Romatech Agro untuk masalah ni. Lagi pon aku dah nak plan guna tank besar dan akan diletakkan ditempat sesuai dimana ianya sama level dengan pokok.. Ok berbalik pada projek cili aku, aku dah selesai penyediaan benih dan semai diatas tray. Sekarang ni benih dah mula bercambah dan nampaknya kali ni cepat plak. Bolehlah tengok gambar-gambar yang sempat aku amek, tapi gambar benih yang dah cmbah tak sempat aku nak amek lagi.

selepas rendam dan dimasukkan dalam plastik yang ditiup

selepas rendam dan dimasukkan dalam plastik yang ditiup

benih dalam tray

benih dalam tray

dsc00422


next page next page close

Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi

Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah. Walaupon benih bendi macam tak nampak apa pon, tapi jagung dan timun jepun ni cepat betul, terutamanya jagung. Aku rase tempat semaian ni tak cukup dalam la, nanti aku nak transfer ke tray semaian. Tak pon aku nak pindah dalam polibag terus pon boleh gak ni. Kali ni aku pakai hollan peat unutk media semaian. Nampak positif je perkembangan. Unutk tanaman lain dari cili ni aku rase cuba 80%(baja masih lagi pakai baja fertigasi) organik. Lagipon ni usahasama aku dan anak aku. Aku taknak anak aku terdedah kepada bahan racun sangatlah.

Jagung, Timun Jepun dan Bendi(tak keluar lagi)

Jagung, Timun Jepun dan Bendi(tak keluar lagi)


next page next page close

Projek Percubaan Cili Hari ke – 29

Selepas 29 hari menyemai benih cili, aku boleh katakan bahawa peratus kejayaan aku dalam projek percubaan cili ni adalah hanya 10%. Ini hanya berdasarkan jumlah anak pokok yang tinggal sekarang dan perkembangan anak pokok teresebut. Walaubagaimanpon aku tetap akan teruskan proses seterusnya unutk pokok yang boleh hidup lagi. Di samping itu juga aku akan terus sub-projek aku yang diringi oleh anak aku dalam penanaman Jagung, Bendi dan Timun Jepun.

Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah dalam tanaman cili ni memang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi serta langkah-langkah yang khusus supaya ia berjaya dari masa semaian, berbunga dan berbuah. Bagi aku yang baru menempuh period semaian sahaja telah menghadapi pelbagai cabaran. Tapi takpa ni semua pengajaran bagi aku, benda ni belum berakhir pon. Selepas ni akan aku semai lagi satu batch biji benih.

Sebelum ni aku pernah terbaca tentang sesorang yang gagal kerana dia tidak mengikut contoh seorang yang telah berjaya 100%. Sekarang baru sedar, bukannya tak boleh nak jadi inovatif, tapi bagi seorang yang baru hendak bermula aku rase cara yang terbaik adalah mencotohi orang yang telah berjaya. Aku rasa orang yang pernah dengar ceramah MLM mesti ader dengar benda ni gak he he he. Aku pulak dah tau benda ni pon tak ambik pengajaran, masih lagi lakukan kesilapan, inilah manusia he he he. Tapi kira ok gak lah(nak sedapkan hati) sebab aku ubah-ubah bahan pon sebab aku tak jumpa barang-barang sebetulnya. Tapi apa yang telah berlaku sekarang buat aku lebih tercabar lagi untuk berjaya dalam pertanian, ntahlah sebelum ni takde rase camni, aku rase macam dah terjumpa sesuatu yang aku betul-betul nak buat dalam hidup.

So lepas ni nantikan update tentang tanaman lain(bersama anak aku), semaian baru cili dan juga perkembangan cili yang masih survive. Tak lupa pada RPH aku. Dan dua lagi projek yang nak kau buat experimen(nanti aku cakapkan).


next page next page close

Perkembangan yang mendebarkan

Setelah menghadapi dugaan anak pokok yang agak terbantut, anak pokok di hempap kucing, aku diuji sekali sekali lagi dengan perkembangan anak pokok yang tidak konsistan. Setelah mendapat nasihat untuk meletakkan anak pokok aku terus di bawah matahari anak pokok aku sekarang ni jadi sekejap ok dan sekejap tak ok. Samapai ader satu tahap lepas dia tak ok dia terus KO. Tapi secara umumnya yang lain bersifat kejap ok dan tak ok. Jika hari ini dia nampak kecut dan kerepot besok dah nampak segar balek dan seterusnya.

Pokok yang tengah kerepot

Pokok yang tengah kerepot

Adakah ini fenomena yang biasa? Aku masih lagi mencari Jawapan? Andai kata kesemua anak pokok aku kecundang, aku tidak akan berputus asa. Akan aku cuba sekali lagi dengan cara yang lebih betul. Aku agak menyesak tidak menggunakan peat moss yang disediakan dalam pakej DIY 10 pokok yang dibeli dari En Apai.

Sebenarnay seronok jugak buat eksperimen. aling kurang sebarang penmuan boleh dibuat pengajaran untuk masa akan datang bila aku dah bersedia nak secara koemersial nanti.


next page next page close

Percubaan Tanaman Lain

Semalam, aku sempat pergi ke Ladang En Marzuki untuk membeli Cocopeat , Sekam bakar dan Hollan Peat cukup untuk keperluan projek-projek experimen aku. Penuh kete aku ngan guni, kesian anak aku yang kecik sekali tu, aku rasa pengudaraan dalam kereta pon macam berabok je. Sekarang ni bahan-bahan yang lengkap untuk semaian aku dah ada, jadi kali kedua bila nak semaian nanti kena buat betul betul la. Sepatutnya hari aku dapat semua perlatan dan barang-barang keperluan tani aku sampai dirumah. Tak taulah dah sampai ke belum ni.

Semalam jugak aku round-raound dengan family untuk mecari keperluan rumah baru aku pulak, sambil-sambil jalan-jalan tuh, anak aku yang sulong tu asyik tanya aku je, bile nak tanam jagung? So pada hari tu aku ternampak ader satu kedai hardware ada jual biji benih  jagung. Dari pack dia ada tulis benih F1. aku tak taulah betul ke tak, harga dia RM5. Aku rasa dengan tangan kat dalam je macam ader 5-6 biji benih je, kalam camtu kira macam mahal gak. Akhirnya aku pon terbeli benih Jagung, Benih timun jepun dan dan benih bendi.

Aku dapat tahu  biji benih datang dari sebuah company di singapura Horti-Flora. So selapas ni aku akan cuba semai tanaman-tanamam ini untuk memvariasikan lagi kebun kecil aku. proses-proses ni akan aku update kan dalam blog ni kemudian.


next page next page close

Coba aaan…..

Salam semua, hari ni genap benih yang aku semai selama 20 hari dan hari ni jugaklah aku terima dua dugaan pertama dalam penanaman cili ini.

Yang pertama, cili aku masih kemetot je lagi, walaupon dah 20 hari masih maintain kurus dan berdaun 2 je. Aku rase tanah semaian yang aku beli dari nursery cina masa awal-awal dulu ni memang takleh nak pakailah(cari alasan lah ni). Aku rasa memang pokok cili ni tak cukup nutrient la. kalau nak katakan ada masalah penyakit ke, tengok dari segi fizikal nampak cam normal je. Yang sebenarnya banyak prosedur-prosedur yang aku senaraikan dulu aku skip. Sebagai contoh, sampai hari ni belum pon aku letak racun kulat lagi, cuma hari ni je aku baru try letak racun organik green patrol. Tulah aku rase ni semua mungkin faktor-faktor yang menyebabkan pokok aku jadi camni. Lagi satu, aku pernah terbaca yang sebenarnya semasa proses menyemai tu kena pakai sarung tangan supaya benih tak tercemar, aku memang tak pakai he he he.

Yang kedua, bila aku balek keje hari ni, aku terus bergegas nak tengok anak benih, sekali bukan main terkejut lagi aku bila aku nampak seekor kucing yang sihat walafiat sedang senang lenang duduk atas tray semaian aku. Aku macam nak nangis pon ader. Aku pon aper lagi, halau bagai nak raklah kucing tuh. Nak kira habis jugaklah anak benih aku yang kurus-kurus ni, semuanya leper. Mana yang aku rase aku boleh selamatkan aku cuba selamatkan. Aku terpaksa letak lidi untuk menampong batang pokok yang dah rebah tu.

Tapi walau apapon aku terima ni semua, banyak pengajaran yang aku boleh dapat dengan peristiwa ni. Jadi lain kali aku buat lebih teratur lagi. Kita merancang Tuhan saje yang menetukan. Disamping tu, aktiviti-aktiviti aku yang lain masih lagi aku teruskan. Pembinaan RPH aku masih lagi berjalan lancar. Semalam aku selesai pacak kesemua tiang dan membuat rangka bumbung(arch).

Tiang yang telah dipacak

Tiang yang telah dipacak

PVC yang telah dibengkokkan

PVC yang telah dibengkokkan

Untuk anak benih aku tuh aku tawakal jela. Mana yang masih hidup tu aku teruskan dan akan cuba sekali lagi unutk menyemai anak benih yang baru kemudian.

Tips hari ini….

Kalau nak bengkokkan PVC dengan berkesan, boledigunakan air panas dengan cara merendan paip kedalamnya. Untuk lebih cepat Hotgun boleh digunakan. unutk mendapat pemanasan yang seragam, boleh letakkan pasir dalam paip sebelum memansakannya.(Aku tak buat pon ni pasal nak cepat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page

Update 2: Projek percubaan Cili Round 2 hari ke 12

Kali ni aku berasa sedikit puas hati dan gembira kerana pokok cili ku akhirnya membesar...
article post

Update benih Cili Round-2

Hari ni, genap 19 hari semaian untuk cili aku yang kali kedua ni. Kali ni kurang sikit...
article post

Projek Percubaan Cili Round 2 ….Fight

Aku nak update kan projek cili aku yang kali kedua ni. Segala kaedah diulang kembali,...
article post

Update: Tanaman Jagung, Timun Jepun dan Bendi

Hari ni anak aku betul-betul gembira bila tengok biji semaian dia dah semakin bercambah....
article post

Projek Percubaan Cili Hari ke – 29

Selepas 29 hari menyemai benih cili, aku boleh katakan bahawa peratus kejayaan aku dalam...
article post

Perkembangan yang mendebarkan

Setelah menghadapi dugaan anak pokok yang agak terbantut, anak pokok di hempap kucing,...
article post

Percubaan Tanaman Lain

Semalam, aku sempat pergi ke Ladang En Marzuki untuk membeli Cocopeat , Sekam bakar dan...
article post

Coba aaan…..

Salam semua, hari ni genap benih yang aku semai selama 20 hari dan hari ni jugaklah aku...
article post