Update 2: Projek percubaan Cili Round 2 hari ke 12
Kali ni aku berasa sedikit puas hati dan gembira kerana pokok cili ku akhirnya membesar jugak. Biar aku update kan sikit apa yang telah di lalui. Pada 15/02/2009 yang lalu aku telah pon membuat perpindahan anak-anak benih kedalam polibag. Walaupon pada mulanya aku ragu-ragu kerana anak benih aku baru sahaja tumbuh daun ke-3 dan ke-4 dua hari sebelumnya. Tapi aku tekad dan teruskannya juga.
Alhamdullillah….. nampaknya perkembangan anak cili aku ni nampaknya positif dan aku berharap perkembangan ini berterusan. Namun ader jugak satu dua pokok yang nampak tak ok. Sebelum perpindahan dulu aku telah pon melaksanakan segala kaedah-kaedah yang telah ku pelajari secara teori sebelum ini, seperti spray racun kulat pada pangkal pokok sejurus selepas perpindahan, ini dikatakan dapat memberi pertumbuhan akar yang sihat tanpa gangguan kulat.
Hari ini genap hari ke 12 selepas perpindahan, proses meracun telah pon aku lakukan seminggu yang lepas dan akan aku ulangi pada hujung minggu ni. Cuma satu yang aku masih konpius adalah masa yang paling sesuai untuk aku buang tunas dan ceding dibawah cabang utama.

Antara pokok yang sihat

Anatara pokok yang kurang sihat

pokok cili ku
Update benih Cili Round-2
Hari ni, genap 19 hari semaian untuk cili aku yang kali kedua ni. Kali ni kurang sikit masalah yang aku hadapi, cuma anak benih kali ni yang tumbuh kurus-kurus macam taugeh dan ader juga yang layu dan mati. Mengikut pemerhatian aku mungkin aku siram terlalu banyak air dan terjadinya lecur anak benih atau dipanggil Damping Off. Aku rase diantara sebab musabab nya adalah aku tak gunakan racun kulat semasa merawat benih dan aku juga tak sembur racun kulat selepas tujuh hari semai. Nilah aje apa yang aku dapat simpulkan. Walau bagaimanapon yang lain masih lagi nampaknya boleh hidup dan hari ni aku dah sembur ngan racun kulat. Harap-harap semuanya ok.

Ni masa anak benih berumur 10 hari

Yang ni sama gak
Yang ni plak saja je aku nak tunjuk gambar jagung aku yang dah berbuah, semua jagung aku dah berbuah dengan dua biji setiap pokok

Coba aaan…..
Salam semua, hari ni genap benih yang aku semai selama 20 hari dan hari ni jugaklah aku terima dua dugaan pertama dalam penanaman cili ini.
Yang pertama, cili aku masih kemetot je lagi, walaupon dah 20 hari masih maintain kurus dan berdaun 2 je. Aku rase tanah semaian yang aku beli dari nursery cina masa awal-awal dulu ni memang takleh nak pakailah(cari alasan lah ni). Aku rasa memang pokok cili ni tak cukup nutrient la. kalau nak katakan ada masalah penyakit ke, tengok dari segi fizikal nampak cam normal je. Yang sebenarnya banyak prosedur-prosedur yang aku senaraikan dulu aku skip. Sebagai contoh, sampai hari ni belum pon aku letak racun kulat lagi, cuma hari ni je aku baru try letak racun organik green patrol. Tulah aku rase ni semua mungkin faktor-faktor yang menyebabkan pokok aku jadi camni. Lagi satu, aku pernah terbaca yang sebenarnya semasa proses menyemai tu kena pakai sarung tangan supaya benih tak tercemar, aku memang tak pakai he he he.
Yang kedua, bila aku balek keje hari ni, aku terus bergegas nak tengok anak benih, sekali bukan main terkejut lagi aku bila aku nampak seekor kucing yang sihat walafiat sedang senang lenang duduk atas tray semaian aku. Aku macam nak nangis pon ader. Aku pon aper lagi, halau bagai nak raklah kucing tuh. Nak kira habis jugaklah anak benih aku yang kurus-kurus ni, semuanya leper. Mana yang aku rase aku boleh selamatkan aku cuba selamatkan. Aku terpaksa letak lidi untuk menampong batang pokok yang dah rebah tu.
Tapi walau apapon aku terima ni semua, banyak pengajaran yang aku boleh dapat dengan peristiwa ni. Jadi lain kali aku buat lebih teratur lagi. Kita merancang Tuhan saje yang menetukan. Disamping tu, aktiviti-aktiviti aku yang lain masih lagi aku teruskan. Pembinaan RPH aku masih lagi berjalan lancar. Semalam aku selesai pacak kesemua tiang dan membuat rangka bumbung(arch).
Untuk anak benih aku tuh aku tawakal jela. Mana yang masih hidup tu aku teruskan dan akan cuba sekali lagi unutk menyemai anak benih yang baru kemudian.
Tips hari ini….
Kalau nak bengkokkan PVC dengan berkesan, boledigunakan air panas dengan cara merendan paip kedalamnya. Untuk lebih cepat Hotgun boleh digunakan. unutk mendapat pemanasan yang seragam, boleh letakkan pasir dalam paip sebelum memansakannya.(Aku tak buat pon ni pasal nak cepat)
Green Patrol: Racun Organik
Antara barang yang memang aku nak cuba adalah Racun Organik Green Patrol Es. Sebenarnya benda ni tak dipanggil racun, ia lebih dipanggil sebagai bahan Pengawal Serangga kerana secara amnya ia tidak membunuh serangga serta-merta tetapi ia bertindak dengan dengan melemaskan serangga dan mengganggu sistem biak serangga. Maklumat lebih lanjut anda sume bole baca sini. Aku dapatkan green petrol dari saudara Azrin dari Blog Tanah Kita dengan harga RM 57. Lawatan aku yang sekejapje ke rumah Saudara Azrin untuk amek green petrol telah menambahkan semangat aku lagi untuk benar-benar bergelar Petani Moden pada masa akan datang. Jadi inilah gambar bahan pengawal serangga tersebut.
Selain dari tu aku nak update sket pasal projek percubaana aku. Sekarang anak benih genap 15 hari. Inilah rupa anak benih aku yang aku rase macam kecik aje, besok mungkin aku akan mula siram baja AB separuh sukatan dan aku nak tengok ada perbezaan tak.
dan ini plak perbezaan yangan aku cakap diantara dua kaedah semaian A dan B
Ini plak Racun Kulat yang aku beli untuk penggunaan aku Kelak yang berharga RM 25 unutk satu kotak besar.
dan akhir sekali ni adalah gambar tapak projek yang telah pon di kemas serba sedikit. Lepas ni jika ade masa aku cuba dapatkan kesemua bahan -bahan yang telah aku senaraikan untuk membina rumah pelindung hujan diatasa tapak ini.









