rss search

Case study: Siphon effect

line

Setelah beberapa hari system fertigasi mini aku online, ader satu perkara yang masih merisaukan dan tidak menepati kehendak aku. Aliran air+baja AB yang tidak menentu amat merisaukan aku. Apa yang aku perhatikan, selepas saja pam aquarium aku berhenti mengepam, aliran dalam tiub terus saja mengalir tanpa henti. Ini adalah fenomena yang dipanggil siphon effect. Secara ringkasnya, ia adalah satu fenomena dimana air aka mengalir dengan bantuan graviti dan tekanan atmosfera.

Aku pon buatlah kajian kat Internet, dari info yang aku dapat benda ni memang timbulkan sedikit issue, tapi bagi sistem fertigasi yang besar dan ader juga penyelesaiannya. Tetapi untuk sistem fertigasi mini yang hanya guna pam akuarium dan tiub getah sahaja, memang takde solution yang aku dapat cari. Jadi aku nak cuba pahamkan solution yang diorang bincangkan dalam forum dan cuba unutk applykan dalam sistem aku, akhirnya aku tak berjaya jugak. tanpa bantuan guru aku tak dapat nak relatekan sebab sistem yang diorang bincang pakai external pump system dimana yang aku guna adalah submersible pump. jadi aku cari dan cari lagi jalan penyelesaian.

Last sekali aku jumpa satu solution dimana kita boleh cancel siphon effect ini dengan melepaskan udara yang ader dalam paip atau tiub yang kita gunakan. Jadi unutk meggunakan konsep ini kita perlukan satu alat yang dipanggil pressure release valve atau anti-siphon valve. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni benda bagus kalau sistem aku ni dalam skala yang besar, dimana aku akan pakai paip besi atau pvc sebagai saluran dari motor. Sekarang ni solution dah ader nak implement tak boleh sebab tak praktikal. Jadi aku amek keputusan unutk tanya kawan-kawan mekanikal aku. diorang pon rase teruja nak tolong solve problem ni bila aku story sket background projek aku ni. Jadi hari akuĀ  cerita pasal solution yang dicadangkan oleh diorang ni.

Gambarajah dibawah ni menunjukkan sistem aku yang basic

main-system

Dalam setup diatas, oleh kerana air yang keluar dihujung hose(dekat tanaman) berada lebih rendah dari air yang masuk ke dalam hose ia akan menyebabkan siphon effect dimana air akan terus mengalir keluar walaupon pam sudah pon berhenti. Gambarajah seterusnya adalah setup yang dicadangkan oleh member aku unutk mengatasi masalah ni dengan cara ringkas.

main-system-baru

Dengan konsep diatas sepatutnya kita dapat memecahkan kesan siphon yang berlaku. Pada pandangan aku ianya mungkin boleh berjaya tetapi aku rase ader beberapa limitation. Walaubagaimapon takpe akan aku try dulu kaedah ni dan aku nak tengok hasilnya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
468 ad

3 comments

line
  1. harfad

    dasat siot siap ada case study
    dh mcm projek oil n gas
    wakaka
    syabas2

    nmpk mcm feasible solution ni
    so jadi ke tk retention tank ko ni?

    [Reply]

    line
  2. Yazed Jamal

    @harfad,
    Bukannyer aper bro kita musti semangat sket…wakaka

    tak apply pon lagi tak sempat, maybe tak buat pon sebab aku nak relocate the tank to a proper place…

    [Reply]

    line
  3. NavE

    Masalah yang sama saya alami.. cuma setelah sy fikir-fikir sy dapat solutionnya… Tebuk Paip Utama yang paling atas tu kemudian pasangkan Niple + microtube. Arahkan Microtube tu ke dalam drum / bekas baja (Jangan tenggelamkan Hujung Microtube ke dalam air). Sekiranya pam mati… Syphon tidak akan terjadi sebab udara yg disedut dari microtube tu..

    [Reply]

    line

Leave a Reply